Peringatan Al-Quran

9:35 AM Edit This 0 Comments »

Teruskan Perjuangan Wahai Sahabat Ku!!!

10:24 PM Edit This 0 Comments »



Rasanya semua dah tahukan keputusan CGPA dan CPA masing -masing.Ada yang cemerlang dan ada yang kurang sedikit. Yang cemerlang teruskan usaha anda untuk menjadi lebih cemerlang,yang kurang cemerlang lipat-gandakan usaha anda kearah kecemerlangan.Bila jumpa sahaja sahabat-sahabat,bila ditanya,’awak dapat berape pointer sem baru ni??ader yang jawab dengan penuh kerelaan,seperti 3.48 jer,tak dapat dekan pun.Tak kurang pula yang segan-segan nak bagi tahu,”erm pointer sem lepas jatuh teruk la,subjek susah”.tak kurang juga ade yang berkata sedemikian.’ Itulah ko,sibuk sangat sem lepas dengan program-program kelab,sampai tak leh nak perform. Itulah diantar perbualan yang biasa didengar bila mana bertemu dengan kawan-kawan kampus dan sekelas di awal pertemuan semester ini.

Bagi kita yang beramal dengan prinsip amalan akhlak islamiyyah, teras rukun iman dan Islam kita seharusnya bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita. Segala yang dikurniakan oleh Allah itu ada berinfiniti hikmahnya yang tidak dapat kita terjemahkan dan dihitung dengan jari jemari. Dalam kehidupan perjuangan ini tiada istilah berehat atau pun berundur.Walaubagaimanapun keadaan kita, seharusnya kita perlulah lebih komited dan yakin dengan perjuangan ini.Jangan disebabkan keputusan yang cemerlang itu membatasi kita untuk bekerja dalam organisasi disebabkan dek nak jaga pointer. Begitu juga dengan yang kurang cemerlang,jangan dijadikan juga alasan untuk tidak berdkwah di medan yang penuh dengan ujian kesabaran dan pegorbanan yang tinggi. Sepatutnya keputusan yang kita terima itu lah yang menjadi pemankin dan semangat kepada keimanan perjuangan ini untuk lebih berusaha dan memperbaiki diri.

Tanggungjawab kita seorang dai Ilallah,pelajar dan anak hendaklah dipenuhi dan dijaga. Yang pentingnya kita mesti menjaga keseimbangan dalam perjuangan kerana perjuangan kita ini masih jauh lagi. Usaha yang berterusan dan tidak kenal erti jemu,dalam belajar Insyaallah Allah akan membuka pintu-pintu kesenangan bagi umatnya yang bertaqwa. Dah terbukti ramai alumni-alumni yang kita kenali dikampus sebagai seorang yang komit dengan perjuangan dan tidak lupa juga kepada akademik,tetapi telah diuji olehNYA dengan keputusan yang tidak sebeberapa dengan CPA 2.3,2.5,2.1 dlln,dan ada juga pernah extend , tetapi setelah keluar dari kampus dimudahkan olehAllah mendapat pekerjaan yang lebih baik daripada yang mendapat CPA 3.5. Apatah lagi jikalau yang berjuang di medan dakwah kampus dengan memperolehi CPA yang baik. Isunya yang pentingnya jangan tinggal perjuangan dan kita kena berusaha,buat perancangan sebaik munkin dan bertawakkal. Jikalau mendapat keputusan yang kurang baik ,Insyaallah ada hikmahnya yang Allah hendak berikan kepada hambanya.Ramai juga kawan-kawan kita yang diluar sana munkin jauh lebih hebat dari kita dengan pointer 3.5>, tetapi akhlaknya macam tidak mensyukuri dengan nikmat kepandaian yang Allah anugerahkan.Dengan berpakaian seksi dan mendedah aurat,berdating,couple,menonton video lucah dan lain-lain dosa dan maksiat yang dilakukan tanpa segan-silu.Mudah-mudahan kita mohon doa kepada Allah segala keputusan yang diterima tidak digolongkan ke dalam kejayaan/kegagalan yang Istidraj.Ingat lah wahai sahabat seperjuangan ku sekalian,dalam firman Allah:

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.(surah Muhammad ayat :7)

3:41 PM Edit This 0 Comments »

Assalamualaikum w.r.t. Alhamdulillah syukur kehadrat ALLAH S.W.T, masih memberikan kesempatan kepada saya untuk menuturkan secebis bicara ringkas diruangan blog ini…Dah lama rasanya tak siarkan article atau maklumat yang samaada ditulis sendiri atau di copy dan paste..Walau bagaimanapun keadaannya kita tetap mahukan dakwah islam ini tersebar seiring dengan perkembangan teknologi yang ada di kala ini.Sedar tak bahawa memang dunia ini dah cukup2 hampir dengan kiamat.banyak hadith,ayat-ayat Allah dan peristiwa-peristiwa pelik yang berkaitan kedatangan hari kiamat ini sudah pun berlaku. :­­­­­­­­­




Pengalaman mengajar erti kesyukuran


Sedikit yang ana nak kongsikan di sini berkenaan dengan pengalaman yang tak sebeberape yang sunguh bermakna ketika mana bersama dengan ADNIN semasa cuti baru-baru ni.ADNIN untuk pengetahuan kwana2 merupakan syarikat yang meguruskan motivasi kkepada semua lapisan masyrakat,boleh rujuk kat laman web dan blog ni http://adnintc.blogspot.com/
Tambahan pula kami diberikan peluang bersam-sama ADNIN meguruskan 4 program motivasi iaitu yang mempunyai latarbelakang sosial yang berbeza dari umur 5 tahun sehingalah 58 tahun:
1-kem motivasi anak soleh di BALOK Kuantan

2-kem motivasi anak soleh di MANJUNG Perak




3-Kursus penigkatan mutu kerja staf sokongan MRSM

4-Kem Remaja Islam Dinamik ,Hulu Langat Selangor





Rupa-rupanya sedar atau pun tidak, masih ramai lagi diluarsana yang memerlukan bantuan dan didikan daripada kita yang diberikan kefahaman Islam ini untuk membimbing dan membentuk mereka kearah kefahaman asas islam yang bersifat syumul,alamiyyah dlln. Sungguh membimbangkan kita generasi yang bakal dihasilkan bersama dengan anak-anak kita nanti orang-orang yang buta Al-Quran,tidak tahu solat,serta asas dalam fardhu kifayah dan fadhu Ain.risau kita kalau-generasi inilah yang akan mengajar dan membentuk anak kita nati,tidak mustahil guru kepada anak kita adalah seorang penzina,kaki judi dan arak,kaki perempuan,tak tahu solat dan masalah sosial lainnya. Berdasarkan kepada pengalaman yang tak sebeberapa ini, ana melihat situasi remaja yang berumur 13-keatas tahap kefahaman dan sosial mereka amat membimbangkan walaupun tidak semuanya bersikap sedemikian.Diantara masalah yang dikenal pasti adalah merokok,berjudi,berzina,sumbang mahram,gengterisme,tidak menghormati ibu-bapa dan guru. Kritikal juga masalah dikalangan remaja ini ada yang tidak tahu bacaan-bacaan dalam solat dengan sempurna apatah lagi bacaan Al-Quran,sungguh menyedihkan.
Pastinya golongan-golongan ini bukannya sengaja Allah lahirkan ditengah 2 kekalutan masyarakat dikala ini,tetapi sebenarnya menuntut di mana peranan golongan yang cerdik pandai dalam agama,dimana golongan pemerintah yang menjunjung islam sebagai prinsip hidup,dimana peranan masyarakat,keluarga dan individu yang cintakan agama Allah .Adakah mereka ini hanya memikirkan keselamatan keluarganya sahaja tanpa memikirkan keselamatan dan kesejahteraan diluar sana yang pastinya juga akan dipersoalkan oleh ALLAH di akhirat kelak.Insyaallah sama-samalah kita bina islam dalam diri dan masyarakat di sekitar kita…wassalam






Setahun penguasaan Hamas

12:05 AM Edit This 0 Comments »

14 JUN 08:-Kini genap setahun pemerintahan Hamas dalam mentadbir dan menguruskan wilayah GAZA selepas Berjaya menewaskan FATAH dalam pilihanraya dengan disulamani pejuangannya dengan liku berdarah semenjak DISEMBER 2006. bagi masyarakat umum dan beberap orang penganalis politik, kebanyakannya meramalkan agak sukar dan berkemunkinan kerajaan Hamas tidak akan bertahan lama disebabkan tekanan yang dikenakan oleh masyarakat antarabangsa terutamanya US dan Israel.

Kerajaan Hamas ini memberikan tamparan yang besar buat pergerakan FATAH yang kini hanya Berjaya mengusai wilayah tebing Barat sahaja. Perbezaan prinsip yang diperjuangkan oleh Hamas yang berorientasikan gerakan islamisasi, berbanding dengan Fatah yang berbentuk nasionalis telah mengubah lanskap pemikiran sebahagian besar masyarakat Palestin untuk melihat perubahan yang bakal dibawa oleh gerakan ini. Terutamanya dalam soal kemerdekaan Palestin dan konflik penjajahan Israel yang tiada kesudahannya. Tetapi FATAH masih dengan diplomasi yang sering kali dicabuli dan dipermainkan oleh US dan Israel. Sejak kekalahan tersebut pentadbiran Mahmoud telah berusaha menjayakan rundingan damai dengan Palestin tajaan Amerika Syarikat (AS).Bagaimanapun rundingan damai yang diharap oleh White House akan dimeterai hujung tahun ini tidak menunjukkan sebarang kemajuan memberangsangkan telah memberi kesan kepada Presiden Palestin itu.Mahmoud pula meletakkan syarat jika Hamas mahu berunding untuk penyatuan Palestin, ia perlu melepaskan kuasanya di Gaza sebagai pra syarat rundingan, sesuatu yang ditolak Hamas. Hakikatnya, selepas setahun Hamas menguasai wilayah yang mempunyai 1.4 juta penduduk, pengaruh dan kekuasaannya semakin mendalam, sekali gus mengukuhkan kedudukan serta mengingatkan bahawa kumpulan pejuang ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja daripada perjuangan Palestin secara keseluruhan.

Dengan gaya corak kepimpinan HAMAS yang komited memperjuangkan nasib rakyak Palestin,telah dibuktikan dengan wujudnya kumpulan pejuang sayap tentera dikenali Briged Ezzedine al-Qassam dianggotai oleh anggota berdisiplin, dedikasi serta mempunyai kelengkapan senjata yang baik selain dibantu oleh satu lagi kumpulan pejuang Palestin, Jihad Islam, dengan melakukan beribu-ribu operasi serangan roket yang berterusan kepada wilayah Tel Aviv.Hal ini telah memberikan tekanan kepada Tal Aviv.Kini sudah setahun kepimpian Hamas,mendapat kepercyaan daripada masyarakat dengan membuktikan kualiti kepimpinan dan arah perjuangannya untuk rakyat dan tanah air Palestin. Untuk menyatukan kepimpinan masyarkat Palestin,kedua-dua pemimpin HAMAS dan FATAHberkenaan perlulah sama-sama mengenepikan segala masalah dalaman dan kepentingan politik yang kotor dengan meletakkan agenda perpaduan ummat islam adalah yang paling utama-Al-imran-

Bacaan Al-Quran