Teruskan Perjuangan Wahai Sahabat Ku!!!

10:24 PM Edit This 0 Comments »



Rasanya semua dah tahukan keputusan CGPA dan CPA masing -masing.Ada yang cemerlang dan ada yang kurang sedikit. Yang cemerlang teruskan usaha anda untuk menjadi lebih cemerlang,yang kurang cemerlang lipat-gandakan usaha anda kearah kecemerlangan.Bila jumpa sahaja sahabat-sahabat,bila ditanya,’awak dapat berape pointer sem baru ni??ader yang jawab dengan penuh kerelaan,seperti 3.48 jer,tak dapat dekan pun.Tak kurang pula yang segan-segan nak bagi tahu,”erm pointer sem lepas jatuh teruk la,subjek susah”.tak kurang juga ade yang berkata sedemikian.’ Itulah ko,sibuk sangat sem lepas dengan program-program kelab,sampai tak leh nak perform. Itulah diantar perbualan yang biasa didengar bila mana bertemu dengan kawan-kawan kampus dan sekelas di awal pertemuan semester ini.

Bagi kita yang beramal dengan prinsip amalan akhlak islamiyyah, teras rukun iman dan Islam kita seharusnya bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita. Segala yang dikurniakan oleh Allah itu ada berinfiniti hikmahnya yang tidak dapat kita terjemahkan dan dihitung dengan jari jemari. Dalam kehidupan perjuangan ini tiada istilah berehat atau pun berundur.Walaubagaimanapun keadaan kita, seharusnya kita perlulah lebih komited dan yakin dengan perjuangan ini.Jangan disebabkan keputusan yang cemerlang itu membatasi kita untuk bekerja dalam organisasi disebabkan dek nak jaga pointer. Begitu juga dengan yang kurang cemerlang,jangan dijadikan juga alasan untuk tidak berdkwah di medan yang penuh dengan ujian kesabaran dan pegorbanan yang tinggi. Sepatutnya keputusan yang kita terima itu lah yang menjadi pemankin dan semangat kepada keimanan perjuangan ini untuk lebih berusaha dan memperbaiki diri.

Tanggungjawab kita seorang dai Ilallah,pelajar dan anak hendaklah dipenuhi dan dijaga. Yang pentingnya kita mesti menjaga keseimbangan dalam perjuangan kerana perjuangan kita ini masih jauh lagi. Usaha yang berterusan dan tidak kenal erti jemu,dalam belajar Insyaallah Allah akan membuka pintu-pintu kesenangan bagi umatnya yang bertaqwa. Dah terbukti ramai alumni-alumni yang kita kenali dikampus sebagai seorang yang komit dengan perjuangan dan tidak lupa juga kepada akademik,tetapi telah diuji olehNYA dengan keputusan yang tidak sebeberapa dengan CPA 2.3,2.5,2.1 dlln,dan ada juga pernah extend , tetapi setelah keluar dari kampus dimudahkan olehAllah mendapat pekerjaan yang lebih baik daripada yang mendapat CPA 3.5. Apatah lagi jikalau yang berjuang di medan dakwah kampus dengan memperolehi CPA yang baik. Isunya yang pentingnya jangan tinggal perjuangan dan kita kena berusaha,buat perancangan sebaik munkin dan bertawakkal. Jikalau mendapat keputusan yang kurang baik ,Insyaallah ada hikmahnya yang Allah hendak berikan kepada hambanya.Ramai juga kawan-kawan kita yang diluar sana munkin jauh lebih hebat dari kita dengan pointer 3.5>, tetapi akhlaknya macam tidak mensyukuri dengan nikmat kepandaian yang Allah anugerahkan.Dengan berpakaian seksi dan mendedah aurat,berdating,couple,menonton video lucah dan lain-lain dosa dan maksiat yang dilakukan tanpa segan-silu.Mudah-mudahan kita mohon doa kepada Allah segala keputusan yang diterima tidak digolongkan ke dalam kejayaan/kegagalan yang Istidraj.Ingat lah wahai sahabat seperjuangan ku sekalian,dalam firman Allah:

Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.(surah Muhammad ayat :7)

0 comments:

Bacaan Al-Quran