RAKYAT BERJAYA BERSATU BANTAH PPSMI

11:53 AM Edit This 0 Comments »
KualaLumpur-7 MAC 2009 sekali lagi menyaksikan kebangkitan rakyat yang sudah jemu dengan dasar-dasar kerajaan terutamanyanya KPM yang tidak mengambil perhatian yang penting terhadap isu ini.Pejuang bahasa seperti Datuk Dr Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said serta beberapa ahli jawatankuasa lain,telah megadakan beberapa siri pertemuan dengan pihak
Kementerian Pelajaran, melalui forum dan perbincangan. Namun respon yang diberikan agak kurang memuaskan sehinggalah pihak GMP mengambil tindakan terakhir dengan turun ke jalan raya.Hasilnya rakyat yang peka dan cintakan bahsa ibunda telah sama-sama menyertai perhimpunan aman berkenaan.Perhimpunan yang disertai pelbagai lapisan masyarakat ini walaubagaimanapun telah dicemari siri kejadian yang tidak dingini serta provokasi yang telah dilakukan oleh pihak tertentu untuk menghalang usaha murni perhimpunan untuk menghantar memorendum kepada pihak Istana.Diantara kejadianyang dapat disaksikan ialah tembakan Water Canon dan gas pemedih mata sehingga menyebabkan rakyat yang tidak bersalah mengalami sesak nafas dan juga ada tembakan gas pemedih mata oleh FRU masuk kedalam Masjid Negara dan menyebabkan cermin pintu masjid retak. Kejadian ini amat memalukan dan sepatutnya pihak polis bertindak secara professional dan memberikan bantuan bagi melicinkan lagi perjalanan demonstrasi aman berkenaandemi untuk memartabatkanbahasibunda. dalam bukan sahaja disertai golongan dibenar menyerahkan memorandum itu kepada wakilIstanaNegara.

HAMPIR 100 RIBU penyokong gerakan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum, semalam.

Bacaan Al-Quran