Setahun penguasaan Hamas

12:05 AM Edit This 0 Comments »

14 JUN 08:-Kini genap setahun pemerintahan Hamas dalam mentadbir dan menguruskan wilayah GAZA selepas Berjaya menewaskan FATAH dalam pilihanraya dengan disulamani pejuangannya dengan liku berdarah semenjak DISEMBER 2006. bagi masyarakat umum dan beberap orang penganalis politik, kebanyakannya meramalkan agak sukar dan berkemunkinan kerajaan Hamas tidak akan bertahan lama disebabkan tekanan yang dikenakan oleh masyarakat antarabangsa terutamanya US dan Israel.

Kerajaan Hamas ini memberikan tamparan yang besar buat pergerakan FATAH yang kini hanya Berjaya mengusai wilayah tebing Barat sahaja. Perbezaan prinsip yang diperjuangkan oleh Hamas yang berorientasikan gerakan islamisasi, berbanding dengan Fatah yang berbentuk nasionalis telah mengubah lanskap pemikiran sebahagian besar masyarakat Palestin untuk melihat perubahan yang bakal dibawa oleh gerakan ini. Terutamanya dalam soal kemerdekaan Palestin dan konflik penjajahan Israel yang tiada kesudahannya. Tetapi FATAH masih dengan diplomasi yang sering kali dicabuli dan dipermainkan oleh US dan Israel. Sejak kekalahan tersebut pentadbiran Mahmoud telah berusaha menjayakan rundingan damai dengan Palestin tajaan Amerika Syarikat (AS).Bagaimanapun rundingan damai yang diharap oleh White House akan dimeterai hujung tahun ini tidak menunjukkan sebarang kemajuan memberangsangkan telah memberi kesan kepada Presiden Palestin itu.Mahmoud pula meletakkan syarat jika Hamas mahu berunding untuk penyatuan Palestin, ia perlu melepaskan kuasanya di Gaza sebagai pra syarat rundingan, sesuatu yang ditolak Hamas. Hakikatnya, selepas setahun Hamas menguasai wilayah yang mempunyai 1.4 juta penduduk, pengaruh dan kekuasaannya semakin mendalam, sekali gus mengukuhkan kedudukan serta mengingatkan bahawa kumpulan pejuang ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja daripada perjuangan Palestin secara keseluruhan.

Dengan gaya corak kepimpinan HAMAS yang komited memperjuangkan nasib rakyak Palestin,telah dibuktikan dengan wujudnya kumpulan pejuang sayap tentera dikenali Briged Ezzedine al-Qassam dianggotai oleh anggota berdisiplin, dedikasi serta mempunyai kelengkapan senjata yang baik selain dibantu oleh satu lagi kumpulan pejuang Palestin, Jihad Islam, dengan melakukan beribu-ribu operasi serangan roket yang berterusan kepada wilayah Tel Aviv.Hal ini telah memberikan tekanan kepada Tal Aviv.Kini sudah setahun kepimpian Hamas,mendapat kepercyaan daripada masyarakat dengan membuktikan kualiti kepimpinan dan arah perjuangannya untuk rakyat dan tanah air Palestin. Untuk menyatukan kepimpinan masyarkat Palestin,kedua-dua pemimpin HAMAS dan FATAHberkenaan perlulah sama-sama mengenepikan segala masalah dalaman dan kepentingan politik yang kotor dengan meletakkan agenda perpaduan ummat islam adalah yang paling utama-Al-imran-

0 comments:

Bacaan Al-Quran