"DAURAH MUSIM SEJUK 2008"
11:36 PM Edit This 2 Comments »Alhamdulillah rasanya tak terlambat nak coretkan sedikit catatan pengalaman ringkans penulis bersama dengan satu program “Daurah Musim Sejuk” di salah sebuah pondok di Melaka.Syukur walau pun program yang dianjurkan pada waktu cuti semesta ini selama 2 minggu ,dan saya hanya sempat di minggu yang kedua sahaja.sepanjang pengajian tersebut yang penuh dengan pengisian dan ilmu2 yang sungguh mendalam yang telah disampaikan oleh seorang tokoh ulama’ Al-Fadil Ustaz Zulkifli Ismail di pondoknya.Program yang berlangsung khas untuk kepada semua mahasiswa dan golongna2 remaja unutk mengisi masa lapang dengan pengisiaan sebanyak 5 kuliah satu hari,seperti jadual dibawah:
Guru Pondok Batul Qurra' dan Pelajar Salah seorang tenaga pengajar "Ustaz Shauki"
Jadual Perjalanan
• Qiamullail satu jam sebelum Subuh
• Solat Subuh dan bacaan Wirdul Latif
• Bacaan al-Quran mengikut kumpulan
• Kuliah pertama pada jam 10 pagi
• Kuliah kedua pada jam 11.30 pagi
• Solat Zuhur
• Tazkirah disampaikan oleh penuntut daurah
• Kuliah ketiga pada jam 3 petang
• Solat Asar
• Kuliah keempat pada jam 5 petang
• Solat Maghrib
• Bacaan Ratib al-Haddad
• Solat Isyak
• Kuliah kelima jam 9 malam
• Makan malam pada jam 10.30 malam
• Tidur
Kitab Pengajian
• Risalah Tauhid
• Safinatun Naja
• Kitab Al-Mauizah Hasanah
Program Khas Sepanjang Daurah
1. Bacaan Ratib al-Haddad bulanan dan majlis tazkirah
• Tetamu Khas: Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid
• Tarikh: 03/12/2008
2. Bacaan Maulid Diba’i
• Masa: Khamis malam Jumaat
3. Majlis Khatam al-Quran dan Bacaan Doa
• Tarikh: 04/12/2008
• Masa: Khamis pagi
4. Ziarah ke perkuburan alim ulama sekitar daerah Sg Udang
• Masa: Jumaat pagi
Suasana di sekitar pondok
Ini adalah kuliah pondok yang pertama yang telah saya ikuti dengan beberapa kawan dan sahabat yang lain.Terasa kurangnya dan jahilnya apabila belajar disana dsbbkan dek ilmu agama yang masih tidak sempurna ,banyak isu2 yang berkaitan tauhid dan fekah telah dikupas dengan mendalam oleh ustaz walaupun hnya dalam 2 minggu sahaja untuk belajar 3 kitab jawi yang bahasanya amat sastera dan sukar untuk difahami.Suasana pondok memeng betul2 terasa sdengan duduk di pondok yang disediakan dan masak bersama2 untuk makan.
Program pada kali ini juga turut dihadiri oleh beberapa orng para Habait yang dijemput oelh ustaz.Terdapt beberapa kebesaran Allah yang telah berlaku semasa berlangsungnya program berkenaan seperti kalimah Allah dilagit di seketika waktu yang telah diperasan oleh pelajar pondok berkenaan.
Kelihatan kalimah Allah di langit
Ustaz Zulkifli bersama Habib Ali Zainal Abidin
Semoga program pondok seperti ini dicadangkan juga turut dihadiri oleh shbt2 yang lain juga dimasa akan datang untuk bersama2 meningkatkan ilmu Islam yang ada ke tahap yang lebih mantap lagi.
2 comments:
Assalamualaikum wbt..
alhamdulillah,kalimah syukur atas kurnianNya,memberi ruang dan waktu untuk menimba ilmu yang sukar didapati dalam kehidupan sehari-hari..
Teruskan perjuangan..semoga terus sukses dalam redha dan limpah kurniaNya..
Post a Comment