Bekas aktivis mahasiswa di UIAM, saudara Amin Idris menyifatkan kekalnya kemenangan WUFI di dalam PRK UIAM kali ini menjelaskan lagi keunikan mahasiswa kampus tersebut. "Mahasiswa UIAM memang sekian lama terbukti matang dan tidak mudah terpengaruh dengan mainan media dan politik sempit. Mereka memilih calon mengikut pertimbangan rasional dan hanya calon berkualiti sahaja dipilih. Saya percaya calon-calon yang menang mampu memenuhi inspirasi marhain dengan menjunjung idealisma perjuangan mahasiswa.", ujarnya kepada Gamis Daily ketika dihubungi. Manakalah bagi bekas Presiden MPP UIAM sesi 2000/2001, saudara Fadzli Ramli menyifatkan kemenangan WUFI memasuki tahun ke sepuluh berturut-turut (kecuali tahun boikot pada 2006) membuktikan kematangan berpolitik mahasiswa UIAM. "Budaya merasuah pelajar, peraturan pilihanraya yang membelakangkan demokrasi dan sikap tunduk pada politik parti pemerintah akhirnya tetap memberikan kemenangan pada mahasiswa. Kemenangan ini amat bermakna tetapi pengisian selepas ini lebih penting.", ujarnya lagi.
SUMBER:http://gamisdaily.com/v4/
|
0 comments:
Post a Comment