PERANG BADAR DI PERMATANG PASIR

1:11 AM Edit This 0 Comments »
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T tak lama lagi dalam beberapa hari sahaja lagi kita akamn menyambut kehadiran bulan ramadhan Al-mubarak yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan yang telah Allah sediakan bagi Ummat diakhir zaman yang beriman dan bertaqwa kepadanya.Pada bulan ramadhan kaili ini suasana gendang politik tanah air bergema lagi dengan pemilihan pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir.Pastinya kedua-dua parti politik telah dan sedang melakukan serangan-serangan dan strategi untuk memenangi pilihan raya kecil yang amat bermaka bagi kedua belah pihak PAS dan UMNO.Bagi pegundi-pegundi dan masyarakat umum jangan terpedaya dan terpengaruh dengan satu sumber rujukan maklumat sahaja lihat dari pelbagai sumber yang sohih dan buat pertimbangan yang wajar.Cuba sama-sama kita analisa isu ini:


Ahli UMNO tak akan masuk syurga

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini. - BERNAMA



Dengar pula apa komen daripada Tuan Guru

0 comments:

Bacaan Al-Quran