PERANG BADAR DI PERMATANG PASIR

1:11 AM Edit This 0 Comments »
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah S.W.T tak lama lagi dalam beberapa hari sahaja lagi kita akamn menyambut kehadiran bulan ramadhan Al-mubarak yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan yang telah Allah sediakan bagi Ummat diakhir zaman yang beriman dan bertaqwa kepadanya.Pada bulan ramadhan kaili ini suasana gendang politik tanah air bergema lagi dengan pemilihan pilihan raya kecil Dun Permatang Pasir.Pastinya kedua-dua parti politik telah dan sedang melakukan serangan-serangan dan strategi untuk memenangi pilihan raya kecil yang amat bermaka bagi kedua belah pihak PAS dan UMNO.Bagi pegundi-pegundi dan masyarakat umum jangan terpedaya dan terpengaruh dengan satu sumber rujukan maklumat sahaja lihat dari pelbagai sumber yang sohih dan buat pertimbangan yang wajar.Cuba sama-sama kita analisa isu ini:


Ahli UMNO tak akan masuk syurga

BUKIT MERTAJAM 17 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

Pengundian ialah pada 25 Ogos ini. - BERNAMA



Dengar pula apa komen daripada Tuan Guru

Rumah Tangga Impian Yang Tidak Dimasuki Syaitan

7:07 PM Edit This 0 Comments »


Coretan Daripada Akhi Amin
Salam Perjuangan,
Coretan saya kali ini berkisar tentang rumahtangga yang diidamkan oleh semua anggota gerakan Islam. Rumahtangga yang dibina atas dasar aqidah Islamiyyah.
Saya merujuk kepada buku karangan Drs Kasmuri Selamat yang bertajuk Panduan Perkahwinan, Kunci Syurga yang terbuang.
Ada 4 ciri yang dinyatakan oleh beliau dalam buku tersebut iaitu :
1-Rumah isteri yang sholehah
2-Rumah orang yang mensucikan diri dan sentiasa ingat kepada Allah SWT
3-Rumah orang yang sujud dan rukuk kepada Allah SWT
4-Rumah orang yang menunaikan hak dan kewajipan
Isteri solehah merupakan pendamping dan sahabat yang paling baik bagi si suami. Dialah penenang, pendamai, penyejuk, penolong, pengkobar semangat buat si suami yang berada di medan jihad.
Jika ada kebahagiaan dalam rumah tangga, maka syaitan dapat dicegah untuk masuk ke dalamnya. Sebab ianya merupakan rumah yang didirikan dengan berasaskan iman dan Islam.
Rasulullah SAW bersabda yang ertinya :
“Empat hal yang termasuk kebahagiaan : Isteri yang sholehah, tempat tinggal yang lapang, tetangga yang baik, kenderaan yang nyaman. Empat hal yang termasuk kesengsaraan: Isteri yang buruk perangainya, tetangga yang buruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk”.
(HR Ibnu Hibban)
Sebaik-baik rumah adalah yang ada di didalamnya isteri yang sholehah. Ia mampu membangun keluarga muslim dan mendirikan peradaban umat, serta sebagai ibu yang siap mendidik, membimbing, membiasakan kebaikan, membangunkan anak-anaknya untuk mengerjakan sholat dan membantu suami untuk taat kepada TuhanNYa.
Rumah yang didalamnya berterusan didirikan solat fardhu dan sunat adalah rumah yang bercahaya yang dimasuki oleh malaikat. Sementara syaitan akan bertempiaran melarikan diri daripada rumah-rumah yang sentiasa disebut nama Tuhan.
Penghuninya sentiasa bertaubat, membersihkan diri daripada maksiat dan sentiasa berhubung rapat dengan Allah SWT. Inilah rumah yang sentiasa bercahaya dengan cahaya iman dan taqwa.
Seluruh unit ahli dalam rumahtangga khususnya suami & isteri masing-masing memainkan peranan dalam memastikan semua ahli menunaikan perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW. Mereka sewajibnya ingat mengingati antara satu sama lain agar tidak melanggar larangan Allah dan meninggalkan segala perintah Allah SWT.
Alangkah indahnya rumah yang sentiasa bercahaya. Syaitan tidak mampu memporak-perandakan seisi rumah tersebut. Hanyalah Allah tempat mereka memohon pertolongan.
Islam Memimpin Perubahan
Bangunlah dan Berikanlah Peringatan


rujukan:
http://amin1982.wordpress.com
Amin Al-Kalantani
Shah Alam

Selamat Berjuang

12:40 AM Edit This 0 Comments »
TAHNIAH!!!
Alahmadulillah,syukur akhrinya sahat/ah yang seperjuangan dikampus satu ketika dahulu telah pun dengan rasmi berkonvokesyen pada 8-10 Ogs 2009. Gembira tengok sahabat2 memakai jubah konvokesyen dengan diraikan bersama sahabat handai ,ibu bapa dan saudara mara dan juga….rasanya baru semalam aku mengenali mereka,begitu pantas masa berlalu tanpa disedari.Banyak kenangan-kenangan pahit manis,masam ,masin dlln lagi yang dilalui bersama mereka.Walaupun begitu semuanya memberikan seribu makna untuk aku memahami erti sebuah persahabatan dan ukhwah islamiyyah yang telah kami jalinkan selama ini.Moga usaha dan sedikit pengalaman dalam medan dakwah dikampus yang telah dirasai oleh mereka dijadikan pengaalaman yang berguna untuk menempuhi dunia luar yang 1000 kali ganda lagi karenahnnya.Insyaallah kami mendokan kaliann semua istiqamah dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan meruntukkan kemungkaran ~Salam Perjuangan~


Bergambar bersama saudara Azrin



Bersama Sahabat seperjuangan dihadapan gerai Kelab Iqra'(dengar citer keuntungan melebihi jualan??)





aktiviti tambahan menunggang kuda

Bacaan Al-Quran