SIRI AMAL ISLAMI 1

11:59 PM Edit This 0 Comments »
Pertamanya marilah kita semua melafazkan Alhamdulillah, bagi menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana dengan hidayah Nyalah kita beristiqamah dalam jalan perjuangan islam ini , membawa obor penyelamat untuk menerangi ummah dan seterusnya melangsungkan perjuangan Islam yang wajib diteruskan. Marilah kita terus beriman dengan aqidah perjuangan dan sepenuhnya yakin dengan janji Allah untuk kemenangan dunia dan akhirat, walaupun banyak dan susahnya cabaran dan jauhnya perjalanan.
Firman Allah s.w.t. :
Maksudnya :
“Dia mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan disediakan kepada kamu tempat-tempat kediaman yang baik di dalam syurga-syurga ’Adn, Itulah (kemenangan di Hari Akhirat) kemenanganyang sangat besar, dan yang lain kamu sangat menyukainya, iaitu pertolongan Allah dan kemenangan yang hampir (di dunia) dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang beriman”
Dan firman Allah :
َMaksudnya :
"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikakami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu". Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta."
Alhamdulillah syukur sekali lagi kehadrat illahi diatas segala kurniaan dan kerahmatannya diatas nikmat iman dan islam yang diberikan kepada kita.moga2 dengan kasih syang Allah terhadap ummatnya meneruskan kita untuk ini kita terus istiqamah berada didalam barisan jmaah islayymiyyah bagi menyampaikan seruan dakwah yang tiada penghujungnnya yang memerlukan pengorbana dan jida yang tinngi bagi menyahut seruan Allah s.w.t. seperti mana dalam firmannya




”Pasakkan tarbiyyah ,teguhkan intima’ dalam Jamaah”

1.0 Tajuk telah dinyatakan diatas merupakan satu tajuk yang mempunyai makna yang cukup besar kepada kita semua dalam konsep Amal Islami.pasakkan tarbiyyah bermaksud, meletakkan asas yang kukuh kepda setiap individu dalam jemaah dengan pembentukan ,kefahaman serta latihan pentarbiyyahan yang tersusun dan berterusan.Hal ini perlu ditekankan supaya kefahaman ahli tentang peri pentinngya tarbiyyah haraki yang jelas dan tersusun dapat malahirkan generasi yang berdaya tahan terhadap sebarang cabaran ,mehnah dan tribulasi yang mencabar di zaman moden dikala ini.Natijah daripada pemasakkan tarbiyyah yang jitu ini,sudah pastinya memberikan ruang kepada proses kefahaman menintima’kan diri dalam jammah tanpa berbelah-bagi untuk melakukan sebarang kerja yang telah direncanakan oleh jamaah diatas dasar kefahaman dan keilmuan yang telah dibentuk dengan pasakan tarbiyyah. Kekuatan tarbiyyah ini akan menjamin kepada keunggulan dan kekuatan jemaah walau dalam apa jua keadaan yang berlaku..






0 comments:

Bacaan Al-Quran