SIRI AMAL ISLAMI 1

11:59 PM Edit This 0 Comments »
Pertamanya marilah kita semua melafazkan Alhamdulillah, bagi menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana dengan hidayah Nyalah kita beristiqamah dalam jalan perjuangan islam ini , membawa obor penyelamat untuk menerangi ummah dan seterusnya melangsungkan perjuangan Islam yang wajib diteruskan. Marilah kita terus beriman dengan aqidah perjuangan dan sepenuhnya yakin dengan janji Allah untuk kemenangan dunia dan akhirat, walaupun banyak dan susahnya cabaran dan jauhnya perjalanan.
Firman Allah s.w.t. :
Maksudnya :
“Dia mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan disediakan kepada kamu tempat-tempat kediaman yang baik di dalam syurga-syurga ’Adn, Itulah (kemenangan di Hari Akhirat) kemenanganyang sangat besar, dan yang lain kamu sangat menyukainya, iaitu pertolongan Allah dan kemenangan yang hampir (di dunia) dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang beriman”
Dan firman Allah :
َMaksudnya :
"Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "Jikakami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu". Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta."
Alhamdulillah syukur sekali lagi kehadrat illahi diatas segala kurniaan dan kerahmatannya diatas nikmat iman dan islam yang diberikan kepada kita.moga2 dengan kasih syang Allah terhadap ummatnya meneruskan kita untuk ini kita terus istiqamah berada didalam barisan jmaah islayymiyyah bagi menyampaikan seruan dakwah yang tiada penghujungnnya yang memerlukan pengorbana dan jida yang tinngi bagi menyahut seruan Allah s.w.t. seperti mana dalam firmannya




”Pasakkan tarbiyyah ,teguhkan intima’ dalam Jamaah”

1.0 Tajuk telah dinyatakan diatas merupakan satu tajuk yang mempunyai makna yang cukup besar kepada kita semua dalam konsep Amal Islami.pasakkan tarbiyyah bermaksud, meletakkan asas yang kukuh kepda setiap individu dalam jemaah dengan pembentukan ,kefahaman serta latihan pentarbiyyahan yang tersusun dan berterusan.Hal ini perlu ditekankan supaya kefahaman ahli tentang peri pentinngya tarbiyyah haraki yang jelas dan tersusun dapat malahirkan generasi yang berdaya tahan terhadap sebarang cabaran ,mehnah dan tribulasi yang mencabar di zaman moden dikala ini.Natijah daripada pemasakkan tarbiyyah yang jitu ini,sudah pastinya memberikan ruang kepada proses kefahaman menintima’kan diri dalam jammah tanpa berbelah-bagi untuk melakukan sebarang kerja yang telah direncanakan oleh jamaah diatas dasar kefahaman dan keilmuan yang telah dibentuk dengan pasakan tarbiyyah. Kekuatan tarbiyyah ini akan menjamin kepada keunggulan dan kekuatan jemaah walau dalam apa jua keadaan yang berlaku..






SYUKUR DI ATAS PEMBERIANNYA

11:51 PM Edit This 0 Comments »


ALHAMDULILLAH syukur kehadrat illahi kerana dengan limpah rahmatnya kita masih diberikan ruang dan masa untuk menghirup udara Allah dan mengecapi nikmat kehidupan dunia ini,,syukur dapat juga mencoret2kan bebrapa perkara kat blog nie,ni setelah sekian lama tidak berpeluang,,,,ujian adalah tarbiyyah dari ALLAH!!..erm begitulah bunyi nya.dalam mengharungi kepelbagain ragam kehidupan kita tidak lari dari menghadapi ujian dan dugaan dari Allah terhadap hambanya bagi membuktikan dan menapis ahli2 yang benar berimana dan bertakwa kepadaNYA..ujian datang dalam peelbagai bentuk samaada dalam kesenangan mahupun dalam keadaan kesusahan.ianya akan dijadikan satu pengukuran kepada hambanya yang berpegang dengan akidah islamiyyah khususya kepada hambanya yang berjuang dijalan dan medan dakwah ini samaada mahu meneruskan gerak kerja islam ataupun meninggalkannya....ujian yang pelbagai diantara contohnya yang hendak disebutkan disini adalah ujian dalam akademik,,buknnya apa,ada beberapa berita yang agak berat setelah sahabat2 ada yang dah psnt psm1/2 tetapi tidak mendapat apa yang dikehndaki dan diharapkannya,ada juga dah cek result senarai tampal tapi ada subjec yang gagal...semua ini harus didepani oleh ahli dakwah dengan penuh tenang dan berprasangka dengan ujian yang Allah berikan seperti mana firmannya yang bermaksud”(atau apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga sedang kamu belum didatangi ujian(keadaan )sepertimereka yang telah lalu dahulu dariapada kamu..mereka telah dikenakan kesusahan(harta benda,)kecelakaan badan,dan mereka digoncang, hingga rasul dan orang2 yang beriman bersmanya bertanya.bilakah datangnya pertolongan ALLAH,ketahuilah sesungghnya pertolongan ALLAH itu dekat.)”.(al-baqarah 214)
munkin ini lah salah satu ujian yang dihadapi oleh sahabat2/ah seperjuangan yang mana telah berusaha dengan bersungguh2 untuk memahami lapangan akademik ini,tetapi tetap mendapat keputusan yang sedikit berkurangan ,..ini hanyalah sedikit ujian sahaja jk dbndingkan dengan golongan pendakwah terdahulu sehinggakan mengorbankan harta dan jiwa raga demi islam yang dicintai..kepada sahabat2 yang tidak mendapat keputusan yang agak baik ,,teruskan lagi usaha,dengan melihat kepada redha Allah bukan redha manusia..dalam hal ini Allah mengarjakan kita beberapa sifat untuk menghadapi ujian ini dengan firmannya::
"jangnalah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati,padahal kamulah orang –orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 yang beriman"(ali-imran 139)

“dan tentu kami akan uji kamu hingga kami buktikan orang2 yang berjuang(bersungguh2) diantara kamu dan orang2 yang sabar,dan kami nyatakan hal2 kamu”(Muhammad:13)

’’Selamat berjuang,, teruskan istiqamah dalam apa jua ujian yang dihahadapi’’’

Siapa dia Obama sebenarnya????

6:06 PM Edit This 0 Comments »
PERTAMA
TERKINI BERITA YANG MENYEBUT OBAMA TELAH MEMILIH
Anggota Dewan Perundangan Demokrat dari Illinois, Rahm Emanuel, migran dari Israel yang merupakan seorang Yahudi Amerika telah menerima tawaran Barack Obama yang baru dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk berkhidmat sebagai Ketua Staf di White House.
BERITA LANJUT DI WWW1.MSTAR.COM. MY.

KEDUA

BERITA KEDUA

Hati-hati..Barack Obama boneka Israel !





Hati-hati..Barrack Obama boneka Israel !


Barrack Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008. Obama dipengaruhi oleh Israel? Adakah Islam liberal yang cuma diajarkan kepada umat Islam?




Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel? Pertama, Obama memakai Yarmulke, lebai orang Yahudi. Yang kedua, hanya orang Yahudi sahaja dibenarkan mendampingi Master Jew. Mengapa Obama mendapat keistimewaan sebegitu? Yang ketiga, Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka. Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).




Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?

Obama sedang melakukan ritual Yahudi.



Tidak menghairankan bila selesai sahaja pengundian, Obama mendapat sejumlah 77% undi dari pengundi Yahudi. Berbanding John Kerry yang hanya mendapat 74% undi daripada pengundi Yahudi pada 2004. Pada tahun 2000, Al Gore paling banyak mendapat undi daripada pengundi Yahudi iaitu sejumlah 79%. Obama mendapat banyak undi dari pengundi Yahudi di Connecticut dan Massachusetts. Di Connecticut, 61% Yahudi menyokong Obama. Yahudi mulai suka pada Obama kerana banyak kenyataan Obama secara terbuka menyokong rejim Israel.

"My view is that the United States' special relationship with Israel obligates us to be helpful to them in the search for credible partners with whom they can make peace, while also supporting Israel in defending itself against enemies sworn to its destruction” kata Obama dalam kenyataan medianya pada Haaretz pada 15 Februari 2007. Klik sini

Ramai yang berseronok melihat Barrack Obama menang Presiden Amerika Syarikat. Seolah Barrack Obama adalah Presiden Dunia yang baru. Ramai yang tidak sedar bahawa rekod peperangan yang dibuat oleh Demokrat adalah lebih banyak dari Republikan. Namun ada juga yang sebut bahawa tidak ada bezanya antara Bush dan Obama. Cuma mungkin yang baru ini adalah "Bush Kulit Hitam". Benarkah begitu?


Gambar: Obama dinasihati oleh Rahm Emanuel, seorang Yahudi ketika kempen Presiden



Pada November 2008, Rahm Emanuel (seorang Yahudi, anak seorang Israel) baru sahaja ditawarkan jawatan oleh Obama menjadi White House Chief Of Staff. Dan lebih memeranjatkan lagi bila mentor Obama sendiri iaitu Abner Mikva menyatakan "Obama will be the first Jewish President Of USA" dalam Jerusalem Post pada 5 November 2008. Klik sini

"Our job is to rebuild the road to real peace and lasting security throughout the region. Our job is to do more than lay out another road map. That effort begins with a clear and strong commitment to the security of Israel: Our strongest ally in the region and its only established democracy. That will always be my starting point." ucapan Obama ketika bercakap kepada kumpulan American Israel Public Affairs Committee (AIPAC) di Chicago pada 2 Mac 2007. Klik di sini

Nampaknya jika dasar Bush dianggap sebagai kejam dan keras terhadap dunia Islam, apa kurangnya dengan Obama? Dasar Obama mungkin halus dan “makan dalam”. Musuh yang “silent killer” lebih bahaya dari musuh yang nampak secara nyata. Presiden Amerika tetap Presiden Amerika, mereka datang dari pelobi yang sama.

Berhati-hatilah kita...


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Kemenangan Obama Satu Pengiktirafan Rakyat AS

5:59 PM Edit This 0 Comments »



KOTA BHARU, 5 Nov (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan Barack Obama dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat merupakan satu perkembangan baru politik dunia.







Beliau berkata, perkembangan itu membuktikan rakyat Amerika menolak cara agresif George W Bush yang sebelum ini menindas dengan rakus negara-negara umat Islam.

"Apa yang diharapkan semoga Obama membawa harapan baru rakyat di seluruh dunia, sesuai dengan imejnya yang merupakan orang kulit hitam pertama yang bakal menjadi Presiden Amerika," ujarnya sebagai reaksi pertama ekoran kemenangan Obama yang kini menghampiri White House.

Beliau memberitahu demikian ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Di Washington hari ini Senator Barack Obama berjanji kepada rakyat Amerika Syarikat akan membawa negara itu ke era baru yang diharapkan semua pihak

Bacaan Al-Quran