Tentera Israel Mennganas Lagi:bunuh ibu bersama 4 anak

7:01 PM Edit This 0 Comments »



GAZA: Lima beranak Palestin, iaitu empat kanak-kanak berusia setahun hingga 5 tahun dan ibu mereka mati dibunuh tentera Israel yang membedil sebuah rumah ketika keluarga berkenaan sedang bersarapan dalam keganasan terbaru rejim Zionis di Semenanjung Gaza, semalam.

Seorang pejuang Palestin turut mati dalam operasi rejim Zionis berkenaan.

Kanak-kanak itu � Mussab Abu Maateq, setahun; Hana Abu Maateq, 3; Rudeina Abu Maateq, 4 dan Saleh Abu Maateq, 5, mati bersama ibu mereka apabila rumah mereka dibedil kereta kebal Israel di di Beit Hanoun, kata doktor di Hospital Kamal Radwan.

Ini menjadikan seramai 443 orang, kebanyakannya rakyat Palestin, mati sejak Israel dan Palestin melancarkan semula rundingan damai dianjurkan Amerika Syarikat, November lalu.

Jurucakap tentera Zionis itu mengesahkan askarnya melakukan operasi di Beit Hanoun, satu lagi bandar di utara sempadan Gaza yang menjadi lokasi pejuang Palestin melancarkan serangan roket ke kawasan Israel.

Pasukan tentera udara Israel satu unit kereta kebalnya melancarkan serangan ke atas sekumpulan penyerang bersenjata yang cuba menghampiri askar di bandar itu tetapi tiada sebarang rumah yang dijadikan sasaran.

Penduduk berkata bedilan serangan udara rejim Zionis itu memusnahkan siling sebuah rumah satu tingkat ketika satu keluarga sedang menikmati sarapan, menyebabkan empat kanak-kanak yang juga adik beradik berusia setahun hingga 5 tahun dan seorang mangsa yang tidak dikenali, maut.

"Mereka sedang makan apabila diserang," kata seorang jiran.

Pejuang Hamas yang menguasai Semenanjung Gaza, minggu lalu menawarkan gencatan senjata enam bulan jika negara rejim Zionis itu menarik balik sekatan dan kepungan ke atas wilayah berkenaan.

Israel sebaliknya menolak tawaran itu yang didakwa bertujuan membolehkan Hamas mengumpul kekuatannya semula. Malah rejim Zionis itu menegaskan yang ia sememangnya komited untuk menyaksikan kemusnahan Hamas.

Tentera Israel sering beroperasi di Semenanjung Gaza atas alasan memburu pejuang Palestin yang melancarkan beratus-ratus roket ke selatan Israel sejak Hamas menguasai wilayah berkenaan, Jun lalu.

Israel menyalahkan pemimpin Hamas sebagai pihak yang bertanggungjawab penuh ke atas serangan berkenaan.

Sejak beberapa minggu lalu, kumpulan pejuang sudah cuba membolosi sempadan itu sekurang-kurangnya empat kali. Mereka mendakwa operasi itu sebagai membalas tindakan kejam Israel mengenakan sekatan bahan api, simen dan makanan keperluan yang memburukkan lagi kesengsaraan penduduk Palestin. � Reuters/AFP

0 comments:

Bacaan Al-Quran