TABAHNYA SEORANG MB PERAK YANG DIKAGUMI RAKYAT..

12:34 PM Edit This 0 Comments »
Politik tanah air sekali lagi bergolak baru2 ini di negeri Perak dengan perlantikan MB Perak baru yang penuh dengan kontroversi dan pelbagai spekulasi yang cuba diputar belitkan oleh media yang agak berat sebelah tentang pentafsiran suasana politik yang berlaku di Bumi Perak.Rakyat khususnya melayu Islam amat faham akan menjaga keutuhan instisuti beraja di negara ini. Sedih bila mana melihatkan kerajaan Perak di bawah YB Ir Nizar dijatuhkan dengan kaedah yang begitu tidak demokrasi sekali, sedangkan beliau adalah pilihan rakya melalui demokrasi yang sah!. Di sini cuba kita baca ulasan dari seorang tokoh ulama' politik islam yang terkemuka Dato' Dr Haron Din berkenaan dengan isu krisi politik yang berlaku di Perak:

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato' Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri.
Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.
"Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka.
"Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini.
Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.
Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah 'sembah derhaka' yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.
"Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja," katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.
Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.
"Ada pemimpin disuruh Raja untuk 'briefing' pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.
"Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.
"Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka... ini jauh lebih derhaka lagi," katanya.- azm/mks.

rujukan:
http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19485&Itemid=1
http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019469&Itemid=85

Bantah Program Musawah Anjuran SIS

11:20 PM Edit This 0 Comments »
Sister In islam(SIS)sekali lagi mereka masih melakukan peperangan terhadap akidah ummat islam di Malaysia khususnya dengan mengadakan terangan terangan Program Musawarah.Program ini bertujan bukan lain adalah untuk mengelirukan ummat islam di MAlayasia Khususnya dengan menjemput panel yang mempunya ideologi dan pemikiran pluralisme,sekularisme,yang pastinya mempunyai niat jahat untuk merosakkan pemikiran ummat.diantara panel yang dijemput adalah Amina Wadud, Ziba Mir Hosseini, Muhd Khalid Masud, Hussein Muhd dan bertempat di . Diantara isu yang dibincangkan berhubung kesemarataan Islam, gender, poligami, faraid dan sebagainya yang menyentuh isu-isu sensitif berkaitan dengan Islam.Yang amat menyedihkan lagi program tersebut dijangkan akan dirasmikan oleh salah seorang bekas menteri yang beragama islam.selain itu juga pihak SIS telah memperalatkan stesen telivisen untuk promosi berkenaan.Justeru itu marilah kita ummat islam sama-sama bersatu dalam menentang dakyah dan fahaman sesat ini dengan penuh rasa tanggungjawab mempertahankan akidah ummat….


Diantara program dan fahaman sesat yang dipelopori oleh SIS:




LOGO SIS

Diantara misi dan objektif SIS yang cuba dimanipulasi untuk menyesatkan ummat
Mission & Objectives
MISSIONSisters in Islam (SIS) is a group of Muslim women committed to promoting the rights of women within the framework of Islam. Our efforts to promote the rights of Muslim women are based on the principles of equality, justice and freedom enjoined by the Qur’an as made evident during our study of the holy text.We uphold the revolutionary spirit of Islam, a religion which uplifted the status of women when it was revealed 1400 years ago. We believe that Islam does not endorse the oppression of women and denial of their basic rights of equality and human dignity. We are deeply saddened that religion has been used to justify cultural practices and values that regard women as inferior and subordinate to men and we believe that this has been made possible because men have had exclusive control over the interpretation of the text of the Qur’an.We believe that for the Ummah (Islamic community) to grow and flourish, everyone must have the opportunity to fully participate in all spheres of life. The participation of Muslim women as full and equal partners in the ummah's socio-economic development and progress is the need of the day. We conclude that it is imperative that the female experience, thought and voice are included in the interpretation of the Qur’an and in the administration of religion in the Muslim world.....

TAHNIAH DI ATAS PENGANJURAN DEMONSTRASI ISRAEL

2:31 AM Edit This 0 Comments »



Assalamualaikum w.r.t.. nak ucapkan tahniah diatas peganjuran demontrasi Israel yang di taja oleh Kelab Iqra' Uthm pada pertengahan bulan januari yang lalu.Berikut adalah sebahagian gambar yang telah dirakam oleh jurukamera professional Kelab Iqra':



kelihatan Presiden kelab iqra' uthm saudara Hadi (memakai serban),program turut disertai oleh pelajar2 luar negara terutamanya dari yaman dan somalia.Sambutan yang luar biasa diberikan oleh siswa dan siswi atas dasar kesedaran memboikot dan membantah kekejaman Israel Laknatullah...
"TERUSKAN MEMBOIKOT BARANGAN ISRAEL"

TAHNIAH DAN TAKZIAH KEPADA SEMUA KEPIMPINAN KELAB IQRA' SESI 09

2:19 AM Edit This 0 Comments »

Alhamdulillah rasanya masih tak terlambat lagi untuk mengucapkan tahniah diatas perlantikan jawatan kepimpinan islam kampus UTHM pada sesi kali ini yang diketuai oleh Saudara Mohd Hadi dan saf kepimpinan yang lainnya.Takziah juga kerana taklifan yang cukup berat ini ,semoga semuanyanya diberiakn kekuatan untuk menghadapi dugaan dan cabaran perjuangan.Munkin kita selaku ahli juga tidak terlepas dengan perkara dibawah ini untuk memastikan kepimpinan berjalan dengan baik,cuba kita renung bersama:


APLIKASI WALA’ KEPADA KEPIMPINAN
Firman Allah s.w.t ”wahai orang2 yang beiman taatilah Allah dan rasul dan pemimpin diakalangan kamu,apabila bertelagah dalam sesuatu perkara,kembalilah kepada Allah dan rasull....”
Wala’ merupakan asas terpenting dalam sesebuah jamaah Islam. Setiap orang yang berada di dalam jamaah tersebut mestilah memberikan wala’ kepada pimpinan kerana tanpa wala’,sesebuah jamaah akan hancur dan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak musuh yang akan mengakibatkan matlamat untuk menegakkan agama Allah SWT tinggal angan-angan sahaja. Saidina Umar ada menyatakan:

Tiada Islam tanpa jama’ah, tiada jama’ah tanpa pemimpin, tiada pemimpin tanpa ketaatan.

Islam mewajibkan penganutnya memberikan wala, ketaatan dan kesetiaan yang sepenuhnya kepada pimpinan dan haram sama sekali menderhaka atau enggan menurut perintah. Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran seperti mana dipermulaan ayat yang telah dibacakan tadi.pentinngnya aplikasi wala’ kepada kepimpinan jamaah adalah sebagai satu proses kepada timbal semula dari pada amanah yang telah dipikul oleh kepimpinan untuk dilaksanakan oleh jundiyyah dengan penuh ketekunan dan kefahaman yang jelas

Tahun demi tahun gerakan ISLAM kampus UTHM semakin hari semakin matang dalam menghadapi segala isu dan cabaran semasa yang seringkali memerlukan perubahan dan ijtihad semasa yang tepat dan berkesan. Pemimpin ataupun orang-orng yang bertanggungjawab yang berada dimana-mana bahagian kepimpinan dianggap sebagai contoh kepada orang lain yang juga menggambarkan jamaah dalam semua perkara sammada dari segi perbuatan dan amalan seharian.Kepimpinan jemaah juga menjadi teropong kepada masyarakat umum dan musuh-musuh gerakan islam yang akan mengeksploitasi segala kelemahan yang zahir untuk memburuk2kan gerakan ismal ini dsbbkan kecuaian dan kealpaan kepimpinan.
Diantara tuntutan sifat2 yang sepatutnya dijadikan rujukan muhasabah sebagai kepimpinan jamaah adalah seperti berikut:

· Pemimpin mestilah orang yang mengharapkan akhirat,ikhlas kepada Allah,mempunyai hati yang sejahtera dan sunyi dari penyakit2 yang meruntuhkan amalan seperti riya’,x gila jawatan,sombong dlln lagi
· Mempunya akal pemikiran yang waras ,kebijaksanna,pengalaman dan luas pemerhatian,berupaya menganalisa segenap isu dan menyelesaikannya dengan kaedah yng terbaik
· Bersifat dan berakhlah lemah –lembut, belas kasihandan mudah berurusan
(dari aisyah: dalam kitab sahih bukhari dan muslim katanya:aku mendengar rasulullasaw bersabda; Ya, Allah sesiapa yang menjalan kan urusan ummat kusesuatu lalau dipayahkan keatas mereka maka engkau payahkan keatasnya,dan sesiapa yang menjalankan urusan umatku lalau ia lembutkn degna mereka maka engkau mudahkan baginya)
· Berani ,bermaruah tidak penakut, dan x membuta tuli
· Tawadu’ dan tidak meninggikan diri terhadap orang lain
· Kemaafan dan dapat menahan sifat kemarahan
· Menunaikan janji dan perjanjian
· Sabar dalam menghadapi mehnah dan tribulasi baik dalaman jemaah mahupun cabaran dari luar
· Menghiasi diri dengan sifat zuhud dan wara’
· Berlapang dada dan tiada mendegar umpatan dan cacian
· Keazaman,tawakkal dan tidak teragak2
· Pertenagahan dan keseimbangan dalam semua perkara dan urusan
· Teguh bersam kebenaran tanpa berganjak
· Manajuhi diri dari sikap tidak yakin dan terlampau yakin.

Manakala bagi tuntutan ahli gerakan adalah seperti berikut:

· Adalah menjadi kewajipan bagikeatas setianp ahli gerakan islam yang telah memilih kerja daalm jamaah supauyaa menjadi orang yang beriman dengan keimannaan yang kuat terhadap kerja jamaah sserta tuntutan.
· Adalah menjadi kewajipan bagikeatas setianp ahli gerakan islam untuk memahami semua perkara yang dituntut oleh jamaahdari peranan dan komitmennya
· Adalah menjadi kewajipan bagi keatas setiap ahli gerakan islam menyediakan diri dalam semua sudut dan kekuatan untuk menjadi anggota yang benar2 berkesan dan bermanfaat untuk jamaah
· Adalah menjadi kewajipan bagikeatas setianp ahli gerakan islam beriltizam dengan peraturan dan rarahan jammaaah.
· Adalah menjadi kewajipan bagikeatas setianp ahli gerakan islam beriltizam dengan kefahaman yang betul dan menyeluruh terhadap islam
· Adalah menjadi kewajipan bagikeatas setianp ahli gerakan islam meguatkan dirinya untuk berjihad paada jalan Allah dengan harta dan jiwa ragayya dan melatih diri untuk mengorbankan segala perkara yang beharga dan mahal untuk perjuangan
· Setiap anggota jemaah hendaklah menanamkap perasaan kaasih saying dengan saudaranya kerana Allah
· Hendaklah melaksanakan perintah dan arahan jamaah baik dalam keadaan yang senang mahpun dalam keadaan yang sibuk,selagi mana bukan kepada perkara kemaksiatan
· Setiap individu dalam jamaah hendaklah mengambil berat dalam menyempurnakan kepercyaan ke atas kepimpinan
· individu dalam jamaah hendaklah menajuhkan diri daripada bersifat berpuak2,dan mempunya klip2 yang tertentu dalam bekerja
· Anggota jamaah hendaklah saling nasit menasiahti dan berpesan2 dengan kesbaran

Dan banyak lagi sifat-sifat yang sepatutnya ada pada individu dalam jammah. Seperti mana yang telah dikatakan oleh as-syahid imam Hassan al-banna kepada bsarisaan2 pemuda;

Wahai pemuda, sesungguhnya berhasilnya sesuatu fikah itu apabila kuat keimanan terhadapnya dan mempunayi keikhlasasn pada jalannya.hampir empat rukkun ini(iman,ikhlas,semanat dan kerja)- menjadi cirri pemuda, kerana asas iman adalah hati yang bersih,ass ikhlas adalah jiwa yang bersih,asas semanagt adalah perasaaan yang kuat dan adsas kerja adalah keazaman yang kuat,..semua perkaraini tiada kecuali pada pemuda …di sinilah maka pemuda dahulu dan sekarang merupakan tiang kebangkitan setiap ummat serta rahsia kekuatan dalam setiap kebangkitandan dalam setiap yang diangkat benderanya.sesungguhnya mereka adalah sekumpulan pemuda yang beriman dengan tuhannya,lalu kami tambah untuk mreka petunjuk…
"MEMBINA GENERASI AL-QURAN"

Bacaan Al-Quran