Selamat Berjuang

12:40 AM Edit This 0 Comments »
TAHNIAH!!!
Alahmadulillah,syukur akhrinya sahat/ah yang seperjuangan dikampus satu ketika dahulu telah pun dengan rasmi berkonvokesyen pada 8-10 Ogs 2009. Gembira tengok sahabat2 memakai jubah konvokesyen dengan diraikan bersama sahabat handai ,ibu bapa dan saudara mara dan juga….rasanya baru semalam aku mengenali mereka,begitu pantas masa berlalu tanpa disedari.Banyak kenangan-kenangan pahit manis,masam ,masin dlln lagi yang dilalui bersama mereka.Walaupun begitu semuanya memberikan seribu makna untuk aku memahami erti sebuah persahabatan dan ukhwah islamiyyah yang telah kami jalinkan selama ini.Moga usaha dan sedikit pengalaman dalam medan dakwah dikampus yang telah dirasai oleh mereka dijadikan pengaalaman yang berguna untuk menempuhi dunia luar yang 1000 kali ganda lagi karenahnnya.Insyaallah kami mendokan kaliann semua istiqamah dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan meruntukkan kemungkaran ~Salam Perjuangan~


Bergambar bersama saudara Azrin



Bersama Sahabat seperjuangan dihadapan gerai Kelab Iqra'(dengar citer keuntungan melebihi jualan??)





aktiviti tambahan menunggang kuda

RENUNGAN SEJENAK

10:40 PM Edit This 1 Comment »

"Kematian adalah suatu yang pasti yang tidak boleh di tangguh atau di hentikan..individu atau persatuan atau badan-badan yang memperjuangkan hak asasi manusia tidak boleh mengatakan ia menyalahi hak asasi manusia atau dengan kata "boombastiknya' katakan tidak kepada kematian.

Kematian, ini satu peringatan untuk semua.kematian adalah subjektif yang tidak dapat di tafsirkan bila, di mana, kenapa kerana itu adalah kuasa yang Maha Esa.

Kematian Yasmin Ahmad pastinya mengegarkan rakyat malaysia yang mengikuti perkembangan dunia seni tanah air. Kematianya yang tidak diberitahu masanya, tempatnya tetapi boleh panggilan ilahi terjadi di saat melakukan kerja-kerja seni, dan kematian berlaku dengan pantas yakni selepas 3 hari terlantar di hospital.

Di sini, saya bukannya nak memburukkan si mati atau sesiapa sahaja, tetapi sekadar peringatan bersama, terutama kaum-kaum artis ini. bersiaplah dengan kematian. Apakah persiapan kematian kita dengan menjual suara yang haram di kalangan wanita itu satu yang baik untuk bekalan hari akhirat kita, atau adengan filem yang menyentuh antara bukan mahram atau apa sahaja aktiviti seni kita yang bercanggah dengan agama kita hendak jadikan bekalan akhirat kita.

Ingat, mati itu tidak tentu masanya. kita tidak boleh menyatakan yang kita akan bertaubat bila tiba masanya.Bila masanya itu, esok, lusa, tahun hadapan atau 10 tahu lagi. jangankan esok, lusa di saat anda membaca paper hari ini pun anda boleh mati.jadi bersiaplah untk kematian. kita jangan ingat kita sudah pergi haji, mka dosa kita telh di ampunkan adakah kita nampak Allah padamkan dosa kita?.

atau dosa kita semakin bertambah setelah pulang dari mengerjakan haji?kita renungkan bersama..tindakan kita mempersendakan hukum Allah dengan menjadikan memakai pakaian ala-ala feksyen menutp aurat tapi tidak menutupnya adalah seperti mempermain-mainkan arahan Allah. Jadi bersiaplah untuk kematian.

jangan kita hanya menangisi kematian yasmin tetapi ambillah iktibar kematian itu untuk diri kita...

wassalam......
sumber.>http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=1490

SAH!! ZAMBRI MENTERI BESAR HARAM..TAKBIR!!

5:40 PM Edit This 0 Comments »
Nizar menteri besar sah Perak
May 11, 09 3:45pm
kemaskini 4.45pm Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.

http://www.malaysiakini.com/news/104038

Koh Tsu Koon dan Subaramaniam Jadi Ahli Majlis Mufti Yang Baru

1:57 AM Edit This 0 Comments »

Abdul Aziz Mustafa
Wed | Apr 29, 09 | 12:12:23 am MYT
KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - Keharmonian serta perpaduan antara kaum di dalam negara ini tidak akan dapat dicapai dengan menggadaikan prinsip agama, kata Naib Presisden PAS, Mohamad Sabu.
"Menggadai prinsip agama manZa-mana kaum dalam negara ini, lebih-lebih lagi prinsip agama seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja tidak akan mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara kaum malah ia tidak ubah seperti bom jangka yang akan memusnahkan negara ini," kata beliau mengulas tindakan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak yang memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.
Beliau menjelaskan, negara berbilang kaum memang memerlukan tolak ansur yang berpatutan dan perasaan saling menghormati serta memahami antara satu sama lain, tetapi tindakan membunuh prinsip agama mana-mana kaum boleh mencetuskan ketegangan yang tidak sepatutnya.
"Jika berlaku perkara yang tidak sepatutnya, kabinet Najiblah yang bertanggungjawab kerana membuat keputusan yang tidak memperlihatkan kewarasan itu," Mohamad mengingatkan.
Sebagai umat Islam, beliau melihat keputusan kabinet Najib itu membunuh prinsip amar ma'ruf yang diwajibkan oleh Islam.
"Najib dan kabinetnya telah menjadikan Malaysia sebagai tanah perkuburan dakwah.
"Ibu bapa yang memeluk Islam tidak boleh mendakwahkan anaknya sendiri sehingga anak itu memeluk agama Islam.
"Bunuh dakwah, bunuh amar ma'ruf. Nahi mungkar sudah lama mereka bunuh," katanya.
Beliau juga mengecam tindakan Najib menyerahkan persoalan mengenai agama kepada orang yang bukan ahlinya.
"Islam menyifatkan tindakan menyerahkan sesuatu perkara kepada orang yang bukan ahlinya sebagai tindakan zalim.
"Persoalan akidah anak penganut agama Islam diserahkan kepada Koh Tsu Koon dan Subaramaniam sedangkan perkara itu boleh dilakukan melalui timbang tara pelbagai pihak yang lebih adil dan memahami," katanya.
Keputusan kabinet Najib itu dibuat berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.
Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber
Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan menggunakan bukti sijil kelahiran.
"Tak sampai sebulan menjadi Perdana Menteri, pelbagai perkara merapu yang dilakukan oleh Najib termasuk dalam soal ekonomi, pembentukan kabinetnya hinggalah soal agama.
"Apa akan jadi kepada negara ini kalau lebih lama beliau menjadi Perdana Menteri?" kata Mohamad._

Bacaan Al-Quran