Mulianya seorang artis boollywood

3:10 AM Edit This 0 Comments »

Shah Rukh Khan dapat Datuk!!...begitulah bunyi nya laporan sebuah akhbar tempatan pada 10 Okt 08 baru-baru ini.Agak malang betul bagi saya dan ummat Seislam yang lainnya apabila dapat tahu yang seorang artis Boollywood yang selama ini telah merosakkan baik akqidah bahkan social masyarakat islam khususnya di Malaysia ini dengan lakonan2 yang menyesatkan…Bagiamana budaya hindunisma yang telah ditonjolkan dalam lakonannya ditunjukkan kepada masyarakat islam sedangkan beliu(Shah Rukh Khan) adalah seoarang yang beragama islam..Bagi saya islamnya hanya pada nama sahaja.
Lebih malang lagi gelaran datuk yang telah diberikan kepada Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan adalah daripada seorang KM yang beragama islam,di atatas alasan yang diberikan adalah bagi mengenang jasa Shah Rukh Khan dalam bidang seni dan perfileman di peringkat antarabangsa, termasuk di Malaysia yang merupakan antara penerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob ke-70…Apa maksud semua ini,dah la keadaan sosial Negara yang kacau bilau ini masih terfikir lagi memberikan pengiktirafan kepada orang yang telah merosakkan masyarakat…Apa jasanya terhadap perfileman Negara di sudut moral yang positif???..dimana sepatutnya pengikhtirfan kepada para alim ulama’ yang telah menabur jasa dalam membaiki barah dan kudis2 akhlak masyarakat yang begitu kritikal yang tidak langsung mendapat perhatian….-al-imran-

AYUH WAHAI UMMAT KITA BERSATU DI BAWAH PAYUNGAN ISLAM!!

11:49 PM Edit This 0 Comments »


Pada abad ke-20 ini, kebangkitan suara islam mula dirasai dan diresapi disetiap penjuru dunia.sistem kehidupan Islam kini menjadi pilihan kepada masyarakat dunia akibat daripada kejatuhan teori pemikiran yang ditaja oleh barat serta system kehidupan sosial yang tiada jalan penyelesaian dalam mengubat penyakit masyarakat yang kian membarah.Samada masyarakat dunia mesti bernaung dibawah payungan Islam atau pun terpaksa memerangi nya.Lihat sahaja kebangkitan dan kemenangan gerakan islam yang cintakan mardhatillah telah berusaha dengan gigih dan tanpa jemu untuk menyebarkan dakwah islamiyyah dari sekecil2 kelompok sehinggalah sebesar2 jemaah. Pelbagai label dikenakan kepada gerakan Islam ini seperti pengganas bertitik tolaknya dari kelangsungan peristiwa pengeboman 11 Sept yang telah dieksploitasi oleh rejim kufar untuk menjajah pemikiran kebangkitan ummat islam. sebenarnya,golongan Yahudi dan Nasrani ini senantiasa bermusuh dengan gerakan islam semenjak dakwah nabi-nabi terdahulu sehinggalah zaman nabi Muhammad s.a.w.Hasil kebangkitan Khilafah islamiyyah ini telah dilihat sebagai satu ancaman kepada dunia kuffar.Akhirnya Khilafah Islam yang terakhir iatiu Turki Uthmaniyyah yang jatuh pada tanggal 03 Mac 1924 hasil pengkhianatan Musatafa Kamal Attaturk dengan bantuan dari pelbagai negara-negara Barat , maka muncullah satu demi satu gerakan Islam di beberapa buah negara khasnya negara-negara yang pernah menjadi wilayah pemerintahan Uthmaniyyah untuk membela dan menegakkan semula zaman kegemilangan pemerintahan islam. Dengan berbekalkan satu matlamat yang sangat besar iaitu untuk mengembalikan semula sistem khilafah ini yang telah mengangkat darjat serta kemuliaan ummah , maka beberapa individu dikalangan ulama’-ulama’ yang sedar memulakan langkah kearah pembentukan semula rasa cinta terhadap agama dikalangan ummat Islam yang telah diserang badai jahiliyah Sekular yang sangat dahsyat.Berikut adalah beberapa Harakah Islamiah yang ditubuhkan selepas kejatuhan Khilafah :



1924 – Nama : Jama’ah An-Nur
Pengasas : Sheikh Bediuzzaman Said An-Nursi.
Tahun / Tarikh : 1924 ( selepas kejatuhan Khilafah )
Negara : Turki.
· Bertahan selama 9 bulan sahaja dan diharamkan.

1928 – Nama : Ikhwanul Muslimin
Pengasas : As-Syahid Imam Hasan Al-Banna.
Tahun / Tarikh : 1928
Tempat : Ismailiyah.
Negara : Mesir.
Rangkaian : Jordan, Syria, Lubnan, Sudan, Afrika Utara, Iraq dan lain-lain.

1941 - Nama : Jama’ah Islami
Pengasas : Sayyid Abul A’la Al-Maududi
Tahun / Tarikh : 26 Ogos 1941
Tempat : Lahore
Negara : Pakistan
Rangkaian : Benua India – Sri Lanka, Bangladesh, Afganistan, India ( 1947 – Syah Waliyullah Ad-Dahlawi ).

1944 - Nama : Parti Al-Ummah
Pengasas : Sadiq Al-Mahdi
Tahun / Tarikh : 1944
Tempat : Khartoum
Negara : Sudan
· Sekarang Ikhwanul Muslimin – Dr.Hasan Turabi.

1945 - Nama : Majlis Syura Muslimin ( Masyumi )
Pengasas : Haji Mohammad Natsir ( Pak Natsir )
Tahun / Tarikh : 08 November 1945
Tempat : Yogjakarta
Negara : Indonesia
Diharamkan : 17 Ogos 1960

1947 - Nama : Al-Jamahir Syabiyah
Pengasas : Ust Muhammad Mahmud As-Sawaf
Tahun / Tarikh : 1947
Tempat : Baghdad
Negara : Iraq
Diharamkan : 1952
· Sekarang Ikhwanul Muslimin

1948 - Nama : Hizbul Muslimin
Pengasas : Ust Hj Abu Bakar Al-Baqir
Tahun / Tarikh : 14 Mac 1948
Tempat : Gunung Semanggol, Perak Darul Ridzuan
Negara : Malaysia
Diharamkan : Jun 1948

1951 - Nama : Parti Islam Se-Malaysia ( PAS )
Pengasas / Pimpinan : Haji Ahmad Fuad
Tahun / Tarikh : 24 November 1951
Tempat : Bagan Tuan Kecil, Pulau Pinang
Negara : Malaysia

1987 - Nama : Harakatul Muqawwamatil Islamiah ( HAMAS )
Pengasas : As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin
Tahun / Tarikh : 08 Disember 1987
Tempat : Ghazzah ( Gaza )
Negara : Palestin
· Lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Palestin – 1948

1989 - Nama : Front Islamic Salvation ( FIS )
Pengasas / Pimpinan : Prof Abbas Madani dan Sheikh Ali Benhaj
Tahun / Tarikh : 18 Februari 1949
Negara : Algeria
Diharamkan : 09 Februari 1992

1998 - Nama : Partai Keadilan Sejahtera ( PKS )
Pengasas / Pimpinan : Dr.Ir Nurmahmudi Ismail dan Dr.Hidayat Nurwahid
Tahun / Tarikh : 20 Julai 1998
Tempat : Jakarta
Negara : Indonesia

2001 - Nama : Parti Keadilan & Pembangunan Turki ( AK Party )
Pengasas / Pimpinan : Recep Tayyip Erdogan
Tahun / Tarikh : 14 Ogos 2001
Negara : Turki
· Lanjutan dari Parti Refah – Prof Nejmuddin Erbakan
· Lanjutan dari Parti Milli Salamat.

SALAM AiDILFITRI

2:27 AM Edit This 0 Comments »



Salam Aidilfitri dan salam kemaafan kepada semua sahabat2 yang mengenali diri ini..diatas segala salah dan silap sepanjang beruhkwah.Semoga persahabatan ukhwah fillah ini berpanjangan hingga ke syurga..

MASIH BELUM TERLAMBAT JADIKAN RAMADHAN BULAN MENGISLAHKAN DIRI

12:08 PM Edit This 0 Comments »

Kaedah bagi melakukan pengislahan diri pada bulan Ramadan

* Iringkan diri anda sentiasa bersama niat yang suci untuk melakukan pengislahan diri sepanjang bulan Ramadan.

* Persiapkan diri anda dengan perancangan rapi untuk berubah dan sentiasa raikan perancangan tersebut.

* Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.

* Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.

* Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.

* Berjanji di hadapan Allah untuk menjadi hamba-Nya yang baik, dengan melakukan amar makruf dan nahi mungkar.

* Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.

* Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.

* Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.

* Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.

* Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama.

* Carilah keaiban diri sendiri untuk melakukan pengislahan dengan bersungguh-sungguh, kerana sepanjang Ramadan adalah waktu yang palin sesuai untuk melakukannya, janganlah biarkan Ramadan berlalu tanpa melakukan perkara yang terbaik buat diri anda sendiri.

* Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.

* Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat (recommendation) Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.

Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatikan kita.

Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.

Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh pasa sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan.

Bacaan Al-Quran