TABAHNYA SEORANG MB PERAK YANG DIKAGUMI RAKYAT..

12:34 PM Edit This 0 Comments »
Politik tanah air sekali lagi bergolak baru2 ini di negeri Perak dengan perlantikan MB Perak baru yang penuh dengan kontroversi dan pelbagai spekulasi yang cuba diputar belitkan oleh media yang agak berat sebelah tentang pentafsiran suasana politik yang berlaku di Bumi Perak.Rakyat khususnya melayu Islam amat faham akan menjaga keutuhan instisuti beraja di negara ini. Sedih bila mana melihatkan kerajaan Perak di bawah YB Ir Nizar dijatuhkan dengan kaedah yang begitu tidak demokrasi sekali, sedangkan beliau adalah pilihan rakya melalui demokrasi yang sah!. Di sini cuba kita baca ulasan dari seorang tokoh ulama' politik islam yang terkemuka Dato' Dr Haron Din berkenaan dengan isu krisi politik yang berlaku di Perak:

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Bagi tokoh agama yang terkenal, Dato' Dr Haron Din menasihatkan agar kemelut yang berlaku di Perak ini diselesaikan dengan cara paling baik iaitu mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat keputusan melalui pilihan raya seluruh negeri.
Timbalan Mursyidul Am PAS itu juga berpendapat, perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.
"Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.Saya tidak nafikan Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka saya tidak fikir itu boleh dinamakan sebagai derhaka.
"Ini sepatutnya diselesaikan dengan cara paling baik iaitu, kembalikan kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan. Atau kita berlapang dada dan bersabar sedikit, biar Mahkamah Tinggi memutuskan kesahihan pelantikan menteri besar kedua," katanya dalam satu wawancara eksklusif dengan Harakah baru-baru ini.
Dalam pada itu beliau menegaskan Raja-raja Malaysia perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka.
Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah 'sembah derhaka' yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.
"Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja," katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.
Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.
"Ada pemimpin disuruh Raja untuk 'briefing' pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.
"Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.
"Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka... ini jauh lebih derhaka lagi," katanya.- azm/mks.

rujukan:
http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19485&Itemid=1
http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019469&Itemid=85

Bantah Program Musawah Anjuran SIS

11:20 PM Edit This 0 Comments »
Sister In islam(SIS)sekali lagi mereka masih melakukan peperangan terhadap akidah ummat islam di Malaysia khususnya dengan mengadakan terangan terangan Program Musawarah.Program ini bertujan bukan lain adalah untuk mengelirukan ummat islam di MAlayasia Khususnya dengan menjemput panel yang mempunya ideologi dan pemikiran pluralisme,sekularisme,yang pastinya mempunyai niat jahat untuk merosakkan pemikiran ummat.diantara panel yang dijemput adalah Amina Wadud, Ziba Mir Hosseini, Muhd Khalid Masud, Hussein Muhd dan bertempat di . Diantara isu yang dibincangkan berhubung kesemarataan Islam, gender, poligami, faraid dan sebagainya yang menyentuh isu-isu sensitif berkaitan dengan Islam.Yang amat menyedihkan lagi program tersebut dijangkan akan dirasmikan oleh salah seorang bekas menteri yang beragama islam.selain itu juga pihak SIS telah memperalatkan stesen telivisen untuk promosi berkenaan.Justeru itu marilah kita ummat islam sama-sama bersatu dalam menentang dakyah dan fahaman sesat ini dengan penuh rasa tanggungjawab mempertahankan akidah ummat….


Diantara program dan fahaman sesat yang dipelopori oleh SIS:




LOGO SIS

Diantara misi dan objektif SIS yang cuba dimanipulasi untuk menyesatkan ummat
Mission & Objectives
MISSIONSisters in Islam (SIS) is a group of Muslim women committed to promoting the rights of women within the framework of Islam. Our efforts to promote the rights of Muslim women are based on the principles of equality, justice and freedom enjoined by the Qur’an as made evident during our study of the holy text.We uphold the revolutionary spirit of Islam, a religion which uplifted the status of women when it was revealed 1400 years ago. We believe that Islam does not endorse the oppression of women and denial of their basic rights of equality and human dignity. We are deeply saddened that religion has been used to justify cultural practices and values that regard women as inferior and subordinate to men and we believe that this has been made possible because men have had exclusive control over the interpretation of the text of the Qur’an.We believe that for the Ummah (Islamic community) to grow and flourish, everyone must have the opportunity to fully participate in all spheres of life. The participation of Muslim women as full and equal partners in the ummah's socio-economic development and progress is the need of the day. We conclude that it is imperative that the female experience, thought and voice are included in the interpretation of the Qur’an and in the administration of religion in the Muslim world.....

Bacaan Al-Quran