"DAURAH MUSIM SEJUK 2008"

11:36 PM Edit This 2 Comments »
Alhamdulillah rasanya tak terlambat nak coretkan sedikit catatan pengalaman ringkans penulis bersama dengan satu program “Daurah Musim Sejuk” di salah sebuah pondok di Melaka.Syukur walau pun program yang dianjurkan pada waktu cuti semesta ini selama 2 minggu ,dan saya hanya sempat di minggu yang kedua sahaja.sepanjang pengajian tersebut yang penuh dengan pengisian dan ilmu2 yang sungguh mendalam yang telah disampaikan oleh seorang tokoh ulama’ Al-Fadil Ustaz Zulkifli Ismail di pondoknya.Program yang berlangsung khas untuk kepada semua mahasiswa dan golongna2 remaja unutk mengisi masa lapang dengan pengisiaan sebanyak 5 kuliah satu hari,seperti jadual dibawah:

Guru Pondok Batul Qurra' dan Pelajar Salah seorang tenaga pengajar "Ustaz Shauki"


Jadual Perjalanan
• Qiamullail satu jam sebelum Subuh
• Solat Subuh dan bacaan Wirdul Latif
• Bacaan al-Quran mengikut kumpulan
• Kuliah pertama pada jam 10 pagi
• Kuliah kedua pada jam 11.30 pagi
• Solat Zuhur
• Tazkirah disampaikan oleh penuntut daurah
• Kuliah ketiga pada jam 3 petang
• Solat Asar
• Kuliah keempat pada jam 5 petang
• Solat Maghrib
• Bacaan Ratib al-Haddad
• Solat Isyak
• Kuliah kelima jam 9 malam
• Makan malam pada jam 10.30 malam
• Tidur
Kitab Pengajian
• Risalah Tauhid
• Safinatun Naja
• Kitab Al-Mauizah Hasanah


Program Khas Sepanjang Daurah
1. Bacaan Ratib al-Haddad bulanan dan majlis tazkirah
• Tetamu Khas: Habib Ali Zainal Abidin al-Hamid
• Tarikh: 03/12/2008
2. Bacaan Maulid Diba’i
• Masa: Khamis malam Jumaat
3. Majlis Khatam al-Quran dan Bacaan Doa
• Tarikh: 04/12/2008
• Masa: Khamis pagi
4. Ziarah ke perkuburan alim ulama sekitar daerah Sg Udang
• Masa: Jumaat pagi


Suasana di sekitar pondok


Ini adalah kuliah pondok yang pertama yang telah saya ikuti dengan beberapa kawan dan sahabat yang lain.Terasa kurangnya dan jahilnya apabila belajar disana dsbbkan dek ilmu agama yang masih tidak sempurna ,banyak isu2 yang berkaitan tauhid dan fekah telah dikupas dengan mendalam oleh ustaz walaupun hnya dalam 2 minggu sahaja untuk belajar 3 kitab jawi yang bahasanya amat sastera dan sukar untuk difahami.Suasana pondok memeng betul2 terasa sdengan duduk di pondok yang disediakan dan masak bersama2 untuk makan.



Program pada kali ini juga turut dihadiri oleh beberapa orng para Habait yang dijemput oelh ustaz.Terdapt beberapa kebesaran Allah yang telah berlaku semasa berlangsungnya program berkenaan seperti kalimah Allah dilagit di seketika waktu yang telah diperasan oleh pelajar pondok berkenaan.


Kelihatan kalimah Allah di langit



Ustaz Zulkifli bersama Habib Ali Zainal Abidin

Semoga program pondok seperti ini dicadangkan juga turut dihadiri oleh shbt2 yang lain juga dimasa akan datang untuk bersama2 meningkatkan ilmu Islam yang ada ke tahap yang lebih mantap lagi.






SIRI AMAL ISLAMI 2

10:07 PM Edit This 0 Comments »

PERTEGUHKAN TARBIYYAH

1. Tarbiyyah, Merupakan aspek utama yang amat penting dalam organisasi jamaah yang bertujuan supaya dengan asas dari pentarbiyyahn yang berkesan dan berterusan jundiah dan qiadah yang dihasilkan adalah yang benar-benar memahami keperluan untuk menintima’kan diri dalam gerakan islam bukan sahaja dalam kampus bahkan di mana jua berada, merupakan tanggungjawab untuk berada dalam barisan gerakan islam untuk memacu perjalanan dakwah yang penuh dengan liku-liku ranjau perjuangan yang memerlukan kesabaran dan istiqamah yang tinggi bagi merialisasikan tuntutan berjamaah.

2. Alhamdulillah syukur keharat illahi ,di atas penuyusunan manhaj tarbiyyah yang teratur oleh lujnah tarbiyyah dalam memastikan perjalanan tarbiyyah dan qiadah dan jundiyyah berada pada tahap yang begitu memuaskan, dengan Berjaya menghasilkan ahli-ahli yang faham akan peranan dan keperluan tarbiyyah harakiah yang berterusan.tarbiyyah seperti mana yang yang kita maklumi bukan sekadar satu susur galur perjalanan yang hanya tertumpu kepada teras-teras tertentu dalam tarbiyyah,bahkan hasil dari tarbiyyah yangn tersusun ianya akan memberikan kesan dan implementasi dalam pelbagai keadaan seperti,tarbiyyah akademik,tarbiyyah pegurusan,tarbiyyah kebajikan,tarbiyyah kewangan dan sebagainya lagi yang munkin berbeza stiap orang.

3. Program tarbiyyah, bukan sahaja dilihat kepada sesuatu ketika mana berjayanya kita menganjurkan sesuatu latihan,mukhayyam,ahli usrah yang ramai,ahli yang ramai, bahkan lebih daripada itu, iaitu bagaimana kefahaman ahli itu sendiri terhadap penghayatan tarbiyyah harakiah ini secara berterusan dan dipraktikkan dalam kehidupan berjamaah.Kadang-kadang kita munkin syok dengan pencapaian dengan ukuran nilai kuantit tetapi terlupa bagaimana untuk menjadikan kuantiti yang ada menjadi quality.

4. Ini adalah kerana tarbiyyah merupakan perkara asas yang paling integral dan nadi penggerak kepada pendokong harakah Islamiyyah. Tanpa pentarbiyyahan menurut manhaj yang secukupnya daripada jamaah, seseorang da’i itu boleh tersasar daripada landasan manhaj yang dilaluinya. Ia akan terkeluar daripada jalan dakwahnya yang asli. Sesungguhnya tarbiyyah merupakan essence yang terpenting dalam pembinaan seorang insan haraki, pembentukan watak seorang qiyadah (pimpinan) jamaah sejak dari dahulu, semasa dan juga pada masa akan datang……

Bacaan Al-Quran