Wanita membotakkan kepala untuk berlakon satu kemungkaran!!!
11:44 PM Edit This 0 Comments »Sebelum ini kita dah dengar cerita artis Malaysia yang membotakkan kepalanya untuk berlakon kerana nak cari sesuap nasi untuk menyara kehidupan dalam dunia lakonan.Dan yang terbaru ada lagi yang begitu tidak sensitive dengan isu yang telah mendapat tentangan daripada ulama’ yang telah memberikan hujah yang telah dinyatakan dalam Al-Quran dan Al-Hadith.Diantaranaya adalah:
1. Dari Ibnu Abbas ra berkata:
Rasulullah saw. telah melarang perempuan mencukur (membotakkan) kepalanya.
Dikeluarkan oleh An Nasaa’i, Kitabuz Ziinah, bab Larangan Perempuan mencukur kepalanya
2. Abi Musa Al Asya’ri ra. Berkata :
Rasulullah saw. berlepas diri dari perempuan yang meninggikan suara tangisan ketika meratap dan membotakkan kepala ketika musibah \
Dikeluarkan oleh Imam Bukhari
Ulasan:
Membotakkan kepala bagi wanita dalam keadaan mereka menerima musibah dilarangkan oleh Rasulullah saw. sehingga baginda melafazkan bahawa baginda akan berlepas diri darinya , inikan pula membotakkan kepala dalam keadaan aman tanpa sebarang musibah .Pastinya ia lebih dimurkai oleh Nabi saw.
3. Dari Ibnu Abbas ra:
Rasulullah saw. telah bersabda: dilarang ke atas perempuan bercukur ( membotakkan ) tetapi dibenarkan bagi perempuan memotong sedikit dari rambutnya.Riwayat Abu Daud di dalam sunannya, Bab al Manaasik al Hajj
Walaupun asbab wurud (sebab datang) nya hadis ini berkait dengan tahallul dalam ibadah haji , maka jelas hukumnya. Betapa dalam masaalah ibadah seperti tahallul dari ihram haji atau umrah, seorang wanita dilarang mencukurkan kepalanya, inikan pula dalam keadaan di luar ibadah, tentu sahaja terlebih aula dilarang .
Al Imam an Nawawi dalam kitabnya Syarah Sohih Muslim jilid keempat jelas menghuraikan persoalan ini.
Maksudnya:
Adapun menggunting rambut dan memendekkannya (bagi seorang perempuan) untuk berhias dan kelihatan cantik, maka ia adalah harus jika mendapat izin dari suami dengan syarat tidak sampai kepada had menyerupai kaum lelaki.
Dalam huraian yang menyerupai masaalah di atas, Dr. Wahbah az Zuhaili menambah syaratnya :
Bahawa tidaklah yang sedemikian itu (merujuk kepada menggunting dan memendek rambut) dengan tangan lelaki ajnabi ( lelaki bukan mahram sebagai tukang gunting)
Kalau dilihat dalam kitab Fathul Baari, Jilid ke 10 muka surat 375 : lebih jelas membahaskan betapa Allah menghiasi perempuan dengan rambut yang cantik dan unik .Maka Islam mengharamkan perempuan menyambung rambutnya atau memakai rambut palsu . Pengharaman tersebut kerana merubah anugerah Ilahi. Maka, betapa pula dicukur dan dibotakkan kepala?
Kalau menyambung rambut hukumnya haram, inikan pula membotakkannya bagi seorang wanita , hukumnya adalah juga tetap haram.Hal ini amat merisaukan kita bilamana hanya sebilangan kecil sahaja yang peka dan prihatin dengan memberikan bantahan terhadap artis berkenaan.Tidak kurang juga yang ada ilmu tetapi mendiamkan diri dan hanya besikap diam diri demi untuk menjaga periuk nasi. Keengganan mereka melaksanakan syariat dan system hidup berlandaskan keluhuran agama dan ketulusan akhlak akhirnya melahirkan individu seperti Syarifah Amani dan lainnya. Program realiti TV seperti Akademi Fantasia juga dilihat satu aktiviti dalam system yang terpisah jauh dari wahyu Ilahi ini dan akhirnya melahirkan individu yang sangat janggal dan ganjil di mata Islam seperti mana melahirkan penyanyi wanita yang bertudung dengan aksi rock dan tarian yang meliuk lintuk di hadapan khalayak. Tanpa malu dan tanpa segan sebaliknya bangga tanpa pula rasa bersalah terhadap agama. Satu rasa simpati diberikan kepada mereka seperti Syarifah Amani dan yang lainnya yang rosak mindanya akibat terperangkap dalam system yang tidak mendidiknya menjadi wanita muslimah yang solehah.
Ucapan seorang artis yang mengaku islam :
"Saya tidak boleh menutup mulut orang, terpulang apa tafsiran mereka apabila saya bertindak membotakkan kepala. "Saya cuma mahu puaskan hati sendiri,"
"Saya tidak terlalu memikir yang negatif kerana apa yang saya lakukan ini untuk kebaikan sendiri. Sesekali apabila mengadakan persembahan saya memilih untuk memakai rambut palsu.
(berdepan masalah keguguran rambut yang menyebabkan sebahagian kepalanya kelihatan bertompok-tompok )
Bintang Akademi Fantasia, Ekin buang rambut bukan hendak glamor