SIRI AMAL ISLAMI 2

10:07 PM Edit This 0 Comments »

PERTEGUHKAN TARBIYYAH

1. Tarbiyyah, Merupakan aspek utama yang amat penting dalam organisasi jamaah yang bertujuan supaya dengan asas dari pentarbiyyahn yang berkesan dan berterusan jundiah dan qiadah yang dihasilkan adalah yang benar-benar memahami keperluan untuk menintima’kan diri dalam gerakan islam bukan sahaja dalam kampus bahkan di mana jua berada, merupakan tanggungjawab untuk berada dalam barisan gerakan islam untuk memacu perjalanan dakwah yang penuh dengan liku-liku ranjau perjuangan yang memerlukan kesabaran dan istiqamah yang tinggi bagi merialisasikan tuntutan berjamaah.

2. Alhamdulillah syukur keharat illahi ,di atas penuyusunan manhaj tarbiyyah yang teratur oleh lujnah tarbiyyah dalam memastikan perjalanan tarbiyyah dan qiadah dan jundiyyah berada pada tahap yang begitu memuaskan, dengan Berjaya menghasilkan ahli-ahli yang faham akan peranan dan keperluan tarbiyyah harakiah yang berterusan.tarbiyyah seperti mana yang yang kita maklumi bukan sekadar satu susur galur perjalanan yang hanya tertumpu kepada teras-teras tertentu dalam tarbiyyah,bahkan hasil dari tarbiyyah yangn tersusun ianya akan memberikan kesan dan implementasi dalam pelbagai keadaan seperti,tarbiyyah akademik,tarbiyyah pegurusan,tarbiyyah kebajikan,tarbiyyah kewangan dan sebagainya lagi yang munkin berbeza stiap orang.

3. Program tarbiyyah, bukan sahaja dilihat kepada sesuatu ketika mana berjayanya kita menganjurkan sesuatu latihan,mukhayyam,ahli usrah yang ramai,ahli yang ramai, bahkan lebih daripada itu, iaitu bagaimana kefahaman ahli itu sendiri terhadap penghayatan tarbiyyah harakiah ini secara berterusan dan dipraktikkan dalam kehidupan berjamaah.Kadang-kadang kita munkin syok dengan pencapaian dengan ukuran nilai kuantit tetapi terlupa bagaimana untuk menjadikan kuantiti yang ada menjadi quality.

4. Ini adalah kerana tarbiyyah merupakan perkara asas yang paling integral dan nadi penggerak kepada pendokong harakah Islamiyyah. Tanpa pentarbiyyahan menurut manhaj yang secukupnya daripada jamaah, seseorang da’i itu boleh tersasar daripada landasan manhaj yang dilaluinya. Ia akan terkeluar daripada jalan dakwahnya yang asli. Sesungguhnya tarbiyyah merupakan essence yang terpenting dalam pembinaan seorang insan haraki, pembentukan watak seorang qiyadah (pimpinan) jamaah sejak dari dahulu, semasa dan juga pada masa akan datang……

0 comments:

Bacaan Al-Quran