HUTANG OH HUTANG!!!!!

2:57 PM Edit This 0 Comments »




PTPTipuN ????

Alhamdulillah syukur kehadrat Illah kerana dengan rahmatnya kita masih diberikan kekuatan oleh Allah S.W.T untuk terus berada dalam kenikmatan iman dan islam di dalam suasana dunia dikala ini yang penuh dengan pancaroba dan habuan nafsu dunia yang bisa merosakkan jiwa jika tidak di batasi dengan iman dan taqwa.

Tahukah anda tentang PTPTN??ader kawan saya kata sebutan yang sebenarnya ialah PTPTipu. Sambil tersengih2 bila menyebutnya.nampak riak wajah mukanya macam nak marah jer,dengan perbadanan tersebut, tapi sebab ape yer??munkin sebelum ni ada yang dengar kata-kata sumbang berkenaan PTPTN ni. Ada yang kata,”PTPTN nie haram kalau kita guna sebab guna system riba’,menganiaya mahasiswa yang belum jer lagi dapat keje dah berlongok2 hutang,dah keje nanti lagi lah banyak hutangnya belum kira kos sara hidup lagi,ish tak patut betul la kerajaan nie.bagi la free education ker baru la tak pening kepala nak fikir hutang,”tak kurang juga yang berterimakasih kepada PTPTN, dengan nada suara,”Biasa la kalau dah bagi pinjam mestilah ade bunganya,kira ok la PTPTN nie tak der la namanya bunga Cuma cas kos perkhidmatan,untuk generasi2 adik2 kita juga nanti,kalau semuanya nak free susah lah macam tu”. Dan banyak lagi la komen2 dari wakil-wakil rakyat,pemimpin Negara,NGO,tak kurang juga golangan agama yang kadang-kadang pendapat yang sering kontra.Peningkan kita yang meminjam ni,kalau tak pinjam camner pula nak belajar nanti??kos kehidupan dah la naik sekarang ni,minyak naik,eletrik naik yuran asrama naik,sewa rumah naik,barang2 naik,senang kata semunya naik.tak der yang turun yang turun cumanya hujan jer.

Walaubagaimanapun akhir-akhir ini, satu kenyataan yang telus lagi prihatin yang telah disiarkan dalam dada akhbar Berita Harian (Isnin,9 Jun 2008,M/S 7) daripada Majlis Fatwa Kebangsaan mengarahkan PTPTN supaya mengubah semula kaedah kiraan caj perkhidmatan berkenaan sebanya 3% kepada peminjamnya dengan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Yang pastinya Majlis Fatwa dan Jakim telah membuat penjelasan hal berkenaan kepada PTPTN kerana banyak kekeburan yang berlaku sehingga menyebabkan pelbagai tafsiran dan rungutan daripada masyarakat. Selain itu juga, Jakim selaku badan yang bertanggungjawab akan memantau dari semasa ke semasa berkenaan dengan perkembangan system yang digunapakai oleh pihak PTPTN..Isu ini timbul pabila sudah sekian lama mahasiswa dan peminjam mempersoalkan ketelusan pengiraan sebenar kos perkhidmatan,kerana tidak dinyatakan secara jelas dan terperinci. Cuba anda bayangkan, seramai berpuluh-puluh ribu orang yang meminjam semunya nya dikenakan cas perkhidmatan. Logik ker?apa yang PTPTN nak uruskan tu hingga terpaksa cas pula sedemikian rupa. Bunyi nya macam bagus, cas perkhidmatan, tapi tak ubah seperti bunga yang dikenakan di bank2. Bukannya tak boleh nak kenakan kos perkhidmatan, tapi kena logic dan releven la dengan apa yang nak diuruskantu,seperti mana keputusan Muzakarah Jawatankusa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal AgamaIslam yang dikeluarkan pada 11 Mac mnyatakan kos perkhidmatan yang dikenakan mengikut perkiraaan sebenar,bukannya main suka hati jer nak kenakan kos perkhidmatan,bukannya anggran peratusan seperti yang dikenakan sekarang. Lagi kenyataan yang daripada Resolusi Majlis Syariah Organisasi Perakaunan dan Audit bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) dan majlis FIQH sedunia di bawah pertubuhan OIC menyatakan cas perkhidmatan hanya boleh dikenakan dengan syarat adalah kos sebenar pengurusan teknikal SAHAJA, manakala cas yang dikenaka melebihi kos perkhidmatan sebenar adalah HARAM. Harapan dan ulasan daripada Ketua Pengarah Jakim,Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz,”Apa yang berlaku kepada PTPTN harus menjadi IKHTIBAR dan sepatutnya sebarang usaha untuk memperkenalkan skim yang membabitkan soal kewangan perlu mendapat pandangan institusi fatwa terdahulu bagi mengelakkan kekeliruan. Lagi pun kena ingat PTPTN adalah dana pendidikan awam,tabung Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,bagi digunakan untuk tujuan pendidikan bukan untuk keuntungan semata2 sehingga mengabaikan kebajiakn untuk melahirkan insan yang cemerlang dunia dan akhirat yang di bentuk melalui sumber yang HALAL di sisi islam. Sautu lagi, kos perkhidmatan bukannya di kira selepas kita graduate, semasa belajar pun dah kena bayar sekarang ni . Contohnya macam saya baru habis diploma dengan pinjaman sebanyak RM 15,000 baru ni dah 3 kali diberikan surat dari PTPTN supaya membayar pinjaman tersebut. Dengan baki yang terkini ditambah kos pentadbiran sebanyak RM 75.00(37.50 bulan 11/07 dan bulan 12/07).Jadinya baki terkini dalah RM 150,075. Bayangkan kalau setahun kos pentadbiran sahaja adalah 12x37.50 = RM 450.(RUJUK LAMAN WEB PTPTN:)

Jadi kesimpulannya dan hakikatnya,jelaslah yang bahawa PTPTN telah mangunakan system yang bercanggah dengan majlis Fatwa Kebangsaan dan resolusi FIQH sedunia yang telah dikeluarkan OIC yang seketika dahulu Malaysia pernah menjadi pengerusi bagi organisasi islam tersebut. Kepada sahabat2 mahasiswa dan peminjam lainnya teruskan uaha anda untuk memperjuangkan isu ini dengan memberikan kesedaran kepada masyarakat kampus dan umum.”Katakanlah benar Walaupun Ianya Pahit”.Wasslam…

0 comments:

Bacaan Al-Quran